Kedai Makan Layan Diri Macam IKEA
Cie suka kedai makan konsep layan diri macam IKEA ni. Ada troli disediakan dan kita boleh pilih lauk-pauk yang kita nak dan letak dalam troli lepas tu terus bawa ke kaunter bayaran. Senang dan mudah.
Pertama kali sebenarnya Cie makan tengahari di Kancil Raja Patin Temerloh tu. Kebetulan husband ajak makan lepas hantar kereta untuk inspection kat Carsome Temerloh awal bulan 11 hari tu. Punya la busy dah sebulan baru nak cerita. Hahaha.
Gambar pun takde ambil sebenarnya masa tu duk sibuk record video untuk buat reels je kat IG Reels dan FB Reels. Maka nya kena la screenshot je nak masukkan dalam blog. Bukan blogger tegar gini la. Lagipun sekarang banyak sangat social media nak cover kan tu yang terlupa. Hihihi. Dulu mana ada reels lagi so tak la record video sangat cuma snap gambar je.
Berbalik kepada cerita Kancil Raja Patin Temerloh ni tadi. Kedai ni baru juga lagi dibuka. Cawangan pertama dulu kedainya dalam kampung je. Pelanggan sentiasa ramai penuh je kedai. Ramai mecari ikan patin kan. Selalunya orang luar dari Temerloh la ramai nak merasai hidangan gulai patin.
Bab rasa ni sangat subjektif kan. Terpulang pada selera dan tekak masing-masing. Sebab selera setiap orang tak sama. Kita rasa sedap, mungkin orang lain rasa tak sedap. So boleh la rasa sendiri. Kalau sedap boleh datang lagi kan.
Bagi Cie konsep kedai ni agak menarik, lokasinya juga di laluan jalan utama Jerantut Temerloh, tepi jalan saja so mudah la orang nak singgah makan. Waktu kami singgah makan tu penuh juga meja tapi sebab kedai tu besar so ada la meja kosong.
Menu makananya bagi Cie tak banyak pilihan sangat. Maybe target pasaran mereka adalah menu patin so menu sampingan lain tu sekadar tambahan saja la. Sayur pun ada ulaman, rebung masak lemak, peria tumis rasanya tu je yang ada. Ulaman dipadankan pula dengan pelbagai jenis sambal. So memang kena la dengan menu kampung.
kenangan kereta lama. huhu. lokasinya tepi jalan utama je |
aneka lauk tambahan |
hidangan kami 3 beranak. tak ingat harga berapa |
ambil je makanan dan letak atas troli untuk di bawa ke kaunter bayaran |
aneka lauk pauk |
kaunter ulaman dan sambal pelbagai jenis |
Minuman pula ada banyak jenis. Just sebut je air apa nak order masa buat bayaran. Nanti bawa je resit ke kaunter air dan ambil. Air sirap bayar 1 kali saja dan boleh ambil berkali-kali. Free refill just ambil je ka tempat air yang disediakan. Ais pun disediakan juga. Cuma air lain je takde refill. Air suam atau air kosong pun free boleh ambil di tempat yang disediakan.
Mula masuk kedai je boleh terus ke bahagian ambil makanan. Ambil troli dan ambil nasi di kaunter nasi, sebelahnya kaunter lauk pauk dan sayur-sayur. Pilih la nak yang mana. Harga pun mereka dan sertakan sekali so boleh la kira bajet supaya takdela over budget kan. Nanti terkejut masa nak bayar.
Bagus kedai Kancil Raja Patin Temerloh ni sebab semua makanan dalam piring dan mangkuk tu mereka dah wrap dengan plastic wrap so takdela lalat hinggap kan. Terjamin la kebersihan.
Bagi Cie rasa makanan kat sini kena la dengan selera kami anak beranak. Kami ambil pais patin, masak lemak siput sedut, ayam goreng, sambal tempe, ulaman dan sambal. Air pulak kami order air sirap, air laici dan air kosong. Harganya bagi Cie berpatutan la. Dah kira siap-siap sebelum bayar. Lupa pulak snap resit hari tu.
Nanti kalau ada yang berkesempatan ke Temerloh boleh la waze lokasi kedai Kancil Raja Patin Temerloh atau boleh google je.
Alamat Kancil Raja Patin Temerloh: 63, Jalan BDS 1, Bukit Desa Semantan, 28000 Temerloh, Pahang
Kalau ke temerloh memang kena cari patin tempoyak ni
ReplyDeleteTemerloh bandar ikan patin. hihihi
Delete