Watson Kaw Kaw Deal
Minggu lepas masuk Watson nak cari cushion Skintific tapinya takde jual pulak. Ingatkan nak test warna yang sesuai dengan kulit. Nampak dah ada promosi watson tapi takde rasa nak terjebak.
Kebetulan tadi keluar nak ke FamilyMart sebaris je dengan Watson terus la singgah nak beli relief plaster semalam kena sakit pinggang tersalah urat agaknya. Selalu ada je stok kat rumah tak perasan dah habis. Masuk je Watson memang tak pernah la beli apa yang nak dibeli je mesti sauk benda lain juga. hahahah.
asalnya nak beli relief plaster je tapi beranak benda lain juga. hahaha |
Kalau ikutkan tadi ada lagi nak sauk nasib anak-anak ingatkan ibu. Hhaha. Maka ibu ambil ni jela. Sebelum ni pakai brand lain relief plaster tu. Tengok tadi yang ni ada offer terus grab.
punca nak beli ni je masuk Watson sekali keluar seplastik |
Lalu tepi shower gel tengok ada offer brand Watson. Murah pulak tu terus masuk beg. Walaupun takdela best sangat brand Watson ni. Tapi sebab banyak brand nak kena boikot kan. Pakai jela brand Watson ni tak payah pening kepala nak google brand apa yang boleh.
diskaun 60% takkan tak ambil kan |
Lalu pulak kat tepi wet tissue tengok ada diskaun terus ambil. Ada diskaun 60% jugak. Walaupun kat rumah ada lagi 1 peket. Takpela buat stok lambat lagi expired.
Sampai kat kaunter nampak pulak PWP. Sebelum adik cashier tu offer Kak Cie ni dah tanya boleh beli berapa hand soap tu. Hahahah. Adik cashier kata boleh je beli berapa pun. Maka Kak Cie kata nak 2 la. Kat rumah ada je lagi sebotol stok tapi takpela expired lambat lagi.
Total kerugian kerana mudah terpengaruh dengan Promosi Watson Kaw Kaw Deal ni hanya RM41. Ok la tu kan belum capai RM50. Hahahah. Masih mampu mengawal nafsu tak terambil benda lain jugak. Banyak section tak lalu tadi sebab nak cepat beli oden pulak.
masuk Watson ni bahaya boleh berjangkit
ReplyDeletewahhh... mia nak gi shopping la macam ni. banyak nak restock ni...
ReplyDeletesila2 sebelum sales habis. hihihih
Delete