Juri Pertandingan Masakan Kuih - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 21 January 2024

Juri Pertandingan Masakan Kuih

 Persatuan Wanita Inspirasi (WI)

Juri Pertandingan Masakan Kuih

Minggu lepas staf jabatan Cie ajak Cie jadi juri pertandingan masakan kuih ahli Persatuan Wanita Inspirasi (WI) Taman Pertama Kuala Lipis. Mula-mula Cie macam tak berapa yakin jugak nak jadi juri. Setelah dipujuk akhirnya Cie pun bersetuju.


Cie ni last jadi juri dah lama sangat dah. Masa ada pertandingan memasak Hari Jururawat rasanya dah 9-10 tahun lepas kot. Tu yang Cie kurang yakin nak jadi juri. Takut tersilap pilih pulak kan. Tapi boleh je tambah pengalaman.


Ada 14 peserta semuanya. Kuih pun ada 14 jenis la yang dipertandingkan. Susah juga jadi juri ni sebab kuih semua sedap. Hihihi. Ada yang baru pertama kali rasa. Ada juga yang sangat kreatif. 


Cie juga diberi peluang untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat pertama hingga tempat ketiga. Cenderahati pun Cie dapat tadi. Alhamdulillah rezeki dapat cenderahati dan dapat pengalaman baru menjadi juri pertandingan masakan kuih.


Kuih-kuih tu peserta buat dari rumah. Cie cuma jadi juri untuk rasa, persembahan dan lain-lain juga. Lupa pula nak ambil gambar borang tadi. Markah penuh tadi 100. 

Kuih-Kuih Yang Dipertandingkan

Juri Pertandingan Masakan Kuih
Kuih Dodol Kukus


Juri Pertandingan Masakan Kuih
Kuih Badak Berendam


Juri Pertandingan Masakan Kuih
Kuih Talam Berlauk


Juri Pertandingan Masakan Kuih
Kuih Koci


Juri Pertandingan Masakan Kuih
ni tadi tak sure agar-agar apa cuma ditulis suci dalam debu


Juri Pertandingan Masakan Kuih
Ni rasanya tepung pelita


Juri Pertandingan Masakan Kuih
tepung gomak


Juri Pertandingan Masakan Kuih
bebola ubi kayu


Juri Pertandingan Masakan Kuih
murtabak ckor ni dalamnya inti isi ikan


Juri Pertandingan Masakan Kuih
bingka


Juri Pertandingan Masakan Kuih
puding ros


Juri Pertandingan Masakan Kuih
kuih nagasari. mula tadi ingatkan lepat pisang. takde tulis nama kuih


Juri Pertandingan Masakan Kuih
cucur udang


Juri Pertandingan Masakan Kuih
kuih peria ni pertama kali makan

Pemenang Pertandingan Masakan Kuih

Juri Pertandingan Masakan Kuih
tempat ketiga bebola ubi kayu


Juri Pertandingan Masakan Kuih
tempat kedua talam berlauk


Juri Pertandingan Masakan Kuih
tempat pertama kuih bingka


Juri Pertandingan Masakan Kuih
pengerusi WI Taman Pertama Matron Fauziah dah pencen dulu matron kat hospital


Juri Pertandingan Masakan Kuih
cenderahati untuk juri

Semua kuih-kuih yang masuk pertandingan ni sedap belaka. Ada yang baru pertama kali rasa macam kuih peria, kuih tepung gomak, bebola ubi kayu. Bebola ubi kayu tu kreatif. Dimodenkan dah jadi macam bebola ayam. Kuih talam berlauk tu sedap. Pemenang kuih bingka tu sedap cukup rasa lemak manis.


Alhamdulillah dapat pengalaman baru menjadi juri pertandingan masakan kuih. Seronok jugak aktif berpersatuan macam ni cuma tu la Cie ni tak berapa rajin dan sejenis introvert memang susah la nak bergaul dengan orang ramai. Hahaha. Dapat jadi juri ni pun risau nak berdepan dengan orang tapi redah saja la.


8 comments:

  1. wahh jadi juri..tahniahhh..peserta pon kreatif

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman baru. hihi. ramai yang veteran je masuk bertanding.

      Delete
  2. Sedap tengok kuih tepung gomak, kalau ada di pasar malam memang saya beli sekeping dua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cie tak suka sangat macam makan tepung je. hihih

      Delete
  3. Confirm hebat memasak sebab jadi juri... šŸ„°šŸ„°
    Macam macam kuih ada...

    ReplyDelete
  4. hebat ni boleh jadi juri. memang cantik-cantik kejadian kuih-kuih diorang buat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak hebat pun tapi sebab kerja berkenaan makanan kan. boleh la. hihi

      Delete