Waktu Lunch Singgah 7E Cafe Lagi

Pagi tadi singgah dah, lunch time singgah lagi lepas pick up adik Rania kat sekolah untuk beli makanan lunch. Plan nak redeem dutch lady free, tapi takde rezeki dah fully redeem. Laju ek korang. Baru nampak promo tu semalam. Pagi tadi singgah pun lupa. 


Kita beli item lain yang promo jela. Aiskrim buy 1 free 1. Mula nak borong tapi macam lain kali la pulak sure datang lagi nanti. Hahaha. 


Beli makanan lunch. Wrap untuk Cie dan adik Rania, spageti untuk kakak Raisha, sandwich saja beli buat tambah-tambah. Air pulak adik dan kakak nak dutch lady tea live tu. Snickers tu RM1 tu yang adik Rania nak jugak. 

Cie beli oatside plain nak buat latte esok. Kemain ek hari-hari mengopi ni. Nanti Cie share pulak best ke tak kopi buat sendiri. 


Banyak juga promo kat 7E bulan ni. Tak terkejar dah ni. Korang singgah la 7E ye Cie selaku duta 7E ni mengajak korang sama-sama menjadi duta. Hihi





Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Cie je la jadi dutanya, saya jadi pembeli setia. Setiap kali pegi 7ecafe amik barang macam tak ingat dunia. Mesti cecah Rm40 - RM50 la sekali lalu

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.