Kakak Raisha Outing Dengan Kawan - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 28 January 2024

Kakak Raisha Outing Dengan Kawan

 
Kakak Raisha Outing Dengan Kawan

Kanak-kanak zaman sekarang kan kemain la nak 'outing' bagai. Baru umur 12 tahun ni dah pandai. Ibu dulu darjah 6 pandai main rebut tiang je kat sekolah. Taktau pun apa 'outing'. Plan mandi sungai, main masak-masak je lepas habis exam UPSR. Nak ke mana pun taktau hanya main kat kampung je. Tu la beza zaman dulu dan sekarang. 


Zaman dah merubah segalanya. Seiring dengan peredaran zaman. Budak-budak sekarang dah banyak terdedah dengan arus kemodenan. Lagi-lagi kalau duduk kat kawasan bandar yang ada macam-macam.


Beberapa minggu lepas kakak Raisha bagitau lepas habis exam UPKK nanti nak 'outing' dengan kawan-kawan. Ibu macam terkejut juga la mana pulak budak ni tau outing bagai tu. Mereka plan nak outing 28 Januari 2024 betul-betul hujung minggu selepas UPKK. Ibu takde halangan. Bagi la anak belajar berdikari sambil macam-macam pesanan la.


Mula plan 3 orang je. Ada yang kawan nak pergi tapi mak tak bagi. Lepas tu makin bertambah pulak yang nak pergi. Mulanya plan nak pergi 7E la, nak pergi Tea Live la. Macam-macam plan. Ibu kata pergi Jalan Barry jela kat situ ada Family Mart dan Ninso. Kakak pun plan semula dengan kawan-kawan dan mereka setuju. Katanya nanti mak kawan dia akan datang ambil kat rumah dan hantar ke Family Mart.


Tibalah hujung minggu. Malam tadi dah siap prepare nak pakai apa. Nampak la keterujaan tu. Yela kali pertama nak outing dengan kawan. Mulanya nak pakai shawl. Tiba-tiba pagi tadi mintak nak pakai bawal ibu warna hitam sebab kawan pakai bawal. Terpaksa la ibu iron tudung bawal pulak.


Kakak Raisha Outing Dengan Kawan


Awal bersiap sebelum 2 petang dah suruh ibu pakaikan tudung. Mereka plan nak outing 2.30 petang. Dah siap duduk kat porch dah. Tiba-tiba masuk dengan muka kecewa. Kawan yang janji nak datang ambik kat rumah tu tak jadi pulak nak outing. Janji budak-budak pun tak ditepati. Hahaha. 


Yang asalnya plan 3 orang nak outing tu kakak sorang je yang jadi. Yang sorang lagi terus senyap last tengok whatsapp pagi tadi je. Yang mak tak bagi tu pulak jadi keluar. Ada la 6 orang termasuk kakak yang outing hari ni. Asalnya 8 orang. Ok la untuk kali pertama.


Ibu pun ajak la adik bersiap ibu nak hantar kakak ke Family Mart. Kebetulan hari ni babahnya kerja ada program. Terpaksa la ibu juga yang hantar. Ibu akan lepak kat Zus jela sambil update blog. Malas nak pergi balik kang kena keluar jugak ambil. Dalam 15 mini jugak ke Family Mart tu.

Kakak Raisha Outing Dengan Kawan


Kakak dah jumpa kawan-kawan dia. Ibu pun klik order Zus dari dalam kereta untuk dine in. Dah siap order baru ibu dan adik masuk Zus. Mujur tak ramai orang. Ibu duduk bawah je malas nak naik tangga. Dapat la ibu update blog dah bawak tab siap-siap.


Kakak Raisha Outing Dengan Kawan
sementara nak tunggu air siap


Kakak Raisha Outing Dengan Kawan
bermanfaat la juga masa yang ada ni



Kakak Raisha Outing Dengan Kawan
dapat ibu balas komen rakan blogger


Kakak Raisha Outing Dengan Kawan
best juga dapat ibu mengopi sambil berblog


Kakak Raisha Outing Dengan Kawan
minum je malas nak makan


Kakak Raisha Outing Dengan Kawan
adik kebosanan juga tu

Kakak whatsapp kata nak balik 5 petang. Masa tu baru pukul 3 lebih. Ibu cakap balik 4.30 petang je ibu nak masak pulak. Kakak pun ikutkan. 4.05 petang macam tu ibu keluar dari Zus dan masuk Ninso pulak. Ibu nak cari tempat nak masak telur masak separuh tu takde pulak jual. Lupa nak tengok kat Happy Home. Ibu masuk Ninso, kakak ada depan Ninso dengan kawan-kawan dia. Siap ibu membeli terus jela ajak kakak balik sebelum 4.30 petang. Kakak ikutkan je.


Kakak Raisha Outing Dengan Kawan
Hasil membeli kat Ninso habis RM9 lebih


Kakak Raisha Outing Dengan Kawan
Ni je kakak makan kat FamilyMart


Kakak mintak RM20 je dari babah dia. Ibu kata bawak jela extra kot nak beli apa-apa. Baru ni kakak dapat RM20 anugerah kehadiran penuh so ibu suruh je kakak guna duit tu. Reward untuk dia datang sekolah hari-hari. Ada balance lagi bawak balik. Ok la tu dah pandai berbelanja. Besar dah anak sulung ibu.

12 comments:

  1. ala comelnya baca cerita anak dah membesar. anak sulung saya baru darjah 4, adakah akan keluar outing darjah 6 nanti..saya sabar menanti haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah tu la tunggu dah pandai plan dengan kawan nanti 😅

      Delete
  2. fuhh...seram pulak nk harung zaman sekarang...rase nak balik sekolah kan dekat kg je...hahaha...

    ReplyDelete
  3. waahhhh 12 tahun dah outing ye sayang? acik ana dulu 12 tahun pon main rebut tiang je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita 12 tahun main rebut tiang je. Haha

      Delete
  4. Budak budak sekarang dah pandai outing, melawa... risau juga tapi kena pantau. Zaman dulu paling hebat pun main masak masak guna api. Tu pun sorok sorok main kat tempat lapang jauh sikit dari rumah. Hehe...

    Masuk ninso habis rm9 je.Naniey masuk sini buat list tapi bila keluar dlm list tu kadang tak de pun. Benda lain pulak yang beli.. 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la beza perubahan masa. Hihi. Tu pun duk beli entah apa2 je.

      Delete
  5. kita dulu umur 12 tahun nk kuar pi bando naik bas pun seram je hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde outing zaman dulu. Haha. Keluar rumah main masak2 dengan jiran. Hihi

      Delete
  6. baguslah kakak raisha x membazir shopping kat family mart. syoknya cie lepak zus

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 nak keluar dengan kawan je bukan kesah makan sangat pun.

      Delete