Masalah Komen Blog Hilang - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 7 January 2024

Masalah Komen Blog Hilang

 Cara Selesai Masalah Komen Blog Hilang

Masalah Komen Blog Hilang


Sejak aktif semula berblog ni baru Cie perasan banyak komen post yang hilang. Buka dashboard komen ada je. Bila klik untuk reply kat posting tapi komen itu tiada. Tak semua komen blogger la. Dalam 1 posting tu ada la 1-2 komen blogger yang sama kadang-kadang tu.


Cie macam pelik juga takkan blogger tu komen lepas tu dia delete. Mustahil macam ni. Malam tadi terdetik nak google dan akhirnya Cie dapat jawapan kepada masalah komen blog hilang. Terima kasih kepada blogger yang share. Cie share juga la supaya kalau ada yang hadapi masalah komen blog hilang ni dapat selesaikan.

Masalah Komen Blog Hilang

Rupanya dah lama komen-komen yang hilang ni masuk spam. Bila check sejak 2013. Memang ada diantaranya komen spam tapi ada juga komen dari blogger yang bukan spam. Bila komen tu masuk spam ianya takkan publish la kat posting kita. 


Kiranya kita la kena manually publish komen tersebut. Kalau kita tak klik not spam, sampai ke sudah la komen kawan blogger kita tu hilang. Kesian penat mereka komen posting kita.


Jom Cie share cara nak selesaikan masalah komen blog hilang kot ada yang belum tau.


Masalah Komen Blog Hilang
Log in blogger lepas tu klik 3 garis atas sebelah kiri




Masalah Komen Blog Hilang
Klik  comments



Masalah Komen Blog Hilang
Klik segitiga seperti dalam bulatan



Masalah Komen Blog Hilang
Klik spam. Tengok tu banyak komen masuk spam



Masalah Komen Blog Hilang
Untuk publish komen kena klik 3 titik seperti dalam bulatan



Masalah Komen Blog Hilang
Kalau nak delete boleh delete komen spam. Kalau komen bukan spam boleh klik not spam baru la komen tersebut akan publish


Masalah Komen Blog Hilang
Klik publish untuk komen yang bukan spam



Masalah Komen Blog Hilang
Done komen masuk spam tu publish kat posting kita



Masalah Komen Blog Hilang
Settle semua dalam spam tu. 

 
Cie pilih banyak juga komen yang terkini untuk publish. Yang lain tu boleh delete je. Kalau nak delete just klik manage sebelah kanan atas sekali tu je. Nanti boleh tick untuk delete all.


Selesai Masalah Komen Blog Hilang yang selama ni membelenggu. Hihi. So lepas ni kena check spam tu jugak untuk pastikan semua komen publish.

26 comments:

  1. betul.. skrg nie ada certain komen yg masuk spam.. sy pun heran juga dgn setting blog skrg

    ReplyDelete
  2. Betul sgt tu.. Linda pn pnh jd.. Makanya skang mmg tgok kt spam dulu lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah tau ni memang kena jenguk jugak la kat spam tu.

      Delete
  3. Alhamdulillah. Selesai satu masalah.

    ReplyDelete
  4. Sama... lately byk komen masuk spam box. Yg PH ni dok sedih sorang², ingat takde orang komen hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan pelik jugak tengok kat comments ada je. tengok posting 0. hairan jugak komen jadi ghaib. hihi

      Delete
  5. sama juga tapi godek2 dan jumpa..ingatkan saya sorang jer yg alami

    ReplyDelete
  6. Fiza pun pernah Alami masalah ni. So far, kena check jugak ruangan spam. Takut ada Komen termasuk di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang wajib check kat spam jugak la kalau buka komen.

      Delete
  7. thanks for sharing.betul memang ade je komen hilang

    ReplyDelete
  8. Cuya tahun lepas baru sedar pasal spam.. sekali dah beratus komen spam.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cie pulak baru je sedar semalam. hahahah. 100+ jugak masuk spam.

      Delete
  9. sama...sebab tu akak hari2 check komen kat spam

    ReplyDelete
  10. Komen sekarang ni kadang masuk spam. Tak tahu la apa reason sampai spam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan taktau macam mana boleh jadi masuk spam.

      Delete
  11. alhamdulillahhhh selesai satu masalah..

    ReplyDelete
  12. blog CCL pun pernah juga terjadi masalah sedemikian . check-check baliik ada dalam kotak spam

    ReplyDelete
  13. kesian yg mengomen tapi masuk spam huhuu... Kena check selalu tu unspam kan semula :D

    ReplyDelete