Nasi Ganja - BLOG ROZIAH @ CIE

Tuesday 9 January 2024

Nasi Ganja

 Nasi Ganja Kuala Lipis

nasi ganja

Semalam caterer yang Cie biasa order makanan untuk event jabatan tu ada whatsapp promote nasi ganja untuk order hari ni. Cie pulak memang suka nasi ganja. Pernah sekali je masak nasi ganja. Nak cari kat Perak hari tu susah betul nak dapat. Kedai full je. Kami ni sejenis tak suka kedai yang terlalu crowded.


Kedai kat Lipis ni pun memang takde yang jual nasi ganja ni. Bila ada yang open order nasi ganja kita join la sekali. Sebungkus ni RM9.50 termasuk charge delivery. Ok la juga harga macam tu kan. Sampai ke depan muka terus dah tak payah nak keluar cari parking lagi.


Cie order nasi ganja ayam madu 2 bungkus so total RM19 la. Ada jugak menu lain. Nasi ganja ayam kari RM9.50 juga. Nasi ganja kambing RM14. 


Anak kedua Cie berselera betul makan. Kami share 3 beranak nasi 2 bungkus tu. Lauk tak habis pun sebab bahagian isi. Anak-anak memang tak makan sangat kalau bahagian isi.Cie request kepak tapi tak dapat. Cie pun jenis tak suka bahagian isi. Kalau boleh pilih sendiri ayam kat kedai makan memang ambil bahagian tulang je. Entahla memang tak suka isi. Hhhihi.


Memang tak rugi beli nasi ganja ni. Sedap betul cukup rasa semua. Kuah tu paling sedap. Telur rebus tu kalau diganti dengan telur masin lagi best. Boleh repeat lagi next time kalau ada lagi caterer tu open order.


Sampai sekarang Cie pelik kenapa namanya nasi ganja ye? hihihi

16 comments:

  1. Bahagian tulang memang selalunya best... isi dia lembut kalau nk banding beli yg isi punya ayam

    ReplyDelete
  2. Nai ganja ni macam nasi kandar la kan...makan mesti kuah banjir gtu...mmg surrr haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lebih kurang. Tapinya sejenis tak suka kuah banjir tu. Sudu sikit2 je 😬

      Delete
  3. betul tue telur rebus tu kalau digantikan dengan telur masin lagi bertambah selera nak makan

    ReplyDelete
  4. Samalah...bahagian isi ayam, anak-anak dan maknya sekali tak suka. Sudahnya, suruh abahnya habiskan.

    Nasi ganja, maybe sebab sekali makan jadi ketagih kot. Tapi memang sedap... Mahal pun xpe kan😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la babahnya tukang habiskan isi ayam. Ye kot sebab rasa nak makan lagi 😬

      Delete
  5. Nampak sedap sungguh warna membangkitkan selera

    ReplyDelete
  6. Saya yang baca ni pun ikut terliur terbayang nasi ganja. Lama tak makan nasi ni. Dulu rajin juga masak sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la teringin nak makan boleh masak sendiri je

      Delete
  7. Nasi Ganja sebungkus RM9.50 tu okla sangat.. Kalau makan kat Restoran Royal Kedah mau berbelas-belas ringgit..

    ReplyDelete