Lokasi pertama nak ke Hana Collection nak hantar seluar baru beli nak kena potong. Kitonyo tak berapa tinggi seluar tu labuh. Tutup la pulak kedai tu. Ada masa buka je hari Ahad. Takpela nanti hantar lain kali pulak.
Terus lajak ke Mr Diy adik Rania nak beli pembaris geometri. Esok nak guna, hari ni baru cakap nak beli. Padahal semalam tu dah lalu macam-macam kedai. Kakak Raisha ada je sebelum ni tapi katanya dah patah adik Rania buat. Mujur la ada RM2.10 je kat Mr Diy. Tak payah la ke kedai buku dah.
Semua kedai ni dekat rumah je. Tak sampai 5 minit dah sampai. Kedai buku jauh sikit nak kena masuk ke kawasan bandar. 7E pun seberang jalan je dari Mr Diy dan Hana Collection tu so sekali arung je semua.
Cie nak beli chicken slice wrap kat 7E takde la pulak. Jadinya beli la makanan lain. Kat 7E ni ada promo combo jimat la juga dapat makanan dan air sekali. Air yang terpilih jela bukan semua jenis air dan bukan semua jenis makanan termasuk dalam promo combo ni.
Bila malas masak, 7E jela jadi penyelamat nak beli makanan. Cuma duit jela tak selamat. Hahaha. Tapi jimat la sikit beli yang combo ni.
Ni antara yang Cie beli. Iced Latte tu memang Cie mintak buat dalam tumbler je senang. Setiap kali singgah 7E yang dekat rumah ni kalau Cie ada beli kopi mesti cashier yang perempuan tu tanya nak letak dalam tumbler ke. Dah tau sangat regular customer. Baru je Jumaat singgah beli makanan lunch lepas ambil anak sekolah.
Sementara tunggu corndog tu siap tadi anak-anak nak aiskrim pulak. Kena queue jugak la anak-anak sekejap tadi tiba-tiba ramai pulak orang datang membeli selepas kami tadi.
Balik rumah panaskan nasi goreng, spageti dan sandwich. Yang french toast tu Faiz nak. Dia ke kebun tadi Cie whatsapp je tanya nak makan apa-apa tak. Dia request nak french toast tu je.
Dah kenyang makan boleh la mengadap blog lagi sambil tengok Nona TV3. Cie ni kekadang on je tv tapi mata fokus ke handphone. Jarang sangat tengok tv. Apetah lagi cerita-cerita lain. Tv takde pun Cie ok je asalkan handphone dan line internet ada.





19 Ulasan
Kalau memang datang mood tak tahu nak masak apa dan nak cepat, memang sediakan jelah duit
BalasPadamAkak suka beli Spicy Tuna French Toast, terjebak dengam Cie lah😁
BalasPadamHaaa samalah.. kat rumah TV on sebab nak bunyi².. mata mengadap HP atau laptop.
Weekend selalunya hari gantung periuk buat saya haha. Tapi semalam sebab encik suami OT dari rumah jadi kiteorang tak keluar JJCM macam selalu. Last2 masak la jugak udang sambal petai, udang masak kunyit (terpaksa buat 2 jenis lauk sbb anak no. 2 tak makan pedas) dan cendawan goreng utk lauk semalam 🤭
BalasPadamSamaaa la kita beli seluar mesti kena ke kedai dulu kasi potong he heee
BalasPadamSungguh la. Tv on, tapi mata duk ke phone, haha. Punya lama tak balik sampai tak tahu 7e ada jual corndog, hewhew.
BalasPadamada set combo tu jimat
BalasPadam7E tempat akk ni dah tutup dah, tak dapat sambutan kot. Kecik je, pernah nak order kopi macam Cie selalu beli tu, takde dia kata. Terus malas dah nak masuk lepas tu. Tau2 tengok dah tutup sekarang ni.
BalasPadamKalau pergi cage seven e ni saya pun suka beli sandwich dia. padahal kat rumah ada roti, ada telur, ada cheese semua...
BalasPadamMemang menarik tengok hidangan kombo dekat 7Eleven ni, sekali dengan air pula. Jimat la. Sampai kenal staf tu dengan Cie, senang buat kopi dalam tumbler. 😊
BalasPadam7E ni ada 2 jenis... yang banyak jual makanan macam ni, dengan yang jual barangan biasa.. yang dekat dengan hospital, 7E biasa je
BalasPadamSaya suka latte 7e...tapi tu la machine selalu rosak...
BalasPadamSy baru je lps mkn corn sosej tu =D
BalasPadamcorndog 7E saya belum pernah try lagi. selalu beli burger jee
BalasPadamcafe 7e ni kadang penyelamat makanan pantas dan sedap
BalasPadamBestnya cakap je x nak masak and nak makan kat luar..kat rumah akak x dapat de Cie...PZ dan suami jenis nak makan nasi kat rumah...malas macam mana pun akak kena masak...
BalasPadamBetul 7e ni kalau malas masak macam2 ada
BalasPadamNanti di KL nak beli lah beberapa snack Sevel dah lamaaaa tak makan di sana 😄. Ntah kapan akan buka lagi di Indonesia.
BalasPadamBetuuul kak, saya tak ada tv, tak masalah. Yg penting ada hp dan line internet 😄
Samalah.. Sha ni menyinggah ke 7E ja kalau tak sempat nak masak..
BalasPadamMZ pun sgtlah jrg tgk tv...cuma time balik kg ari tu, ada jugak MZ temankan my mom tgk tv especially berita
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.