Sarapan Pagi 14 Jun 2026: Cekodok Pisang

Selamat berhari minggu. Apa aktiviti korang hari Ahad yang indah ni? Cie beristirehat di rumah je. Awal pagi check in kitchen dulu sediakan menu breakfast yang simple je pagi ni.


Cie masak cekodok pisang dan goreng kentang je. Semalam pergi beli barang dapur terus beli pisang berangan RM5.55 5 biji. Kemain ye lucky number 5555. Tak perasan pun tadi nak kupas kulit pisang baru nampak harga. 


Lenyek pisang, letak gula, garam sikit, tepung gandum. Kacau-kacau dah boleh goreng. Cie tak letak sebarang agen penaik. Lepas tu goreng je macam biasa. Cie guna sudu. Ada orang guna tangan katanya nak bagi bulat-bulat cantik. Malas je Cie nak cuci tangan semula setiap kali lepas buat tu. Pakai sudu je senang. Bulat ke leper ke masuk perut kenyang jugak.



Cie goreng jugak kentang sikit. Lama tak makan kentang goreng sendiri ni. Kakak Raisha ambil yang jenis crinkle cut ni. Cie suka yang biasa tu je kurus sikit. Yang crinkle cut ni gemuk-gemuk.

Sos pulak Cie suka sos tomato, serbuk lada hitam, mayonis. Anak-anak suka sos thai dan mayonis.


Selesai sarapan dah boleh berehat sambil mengadap blog. Schedule segala post untuk seminggu, blogwalking. Hari Ahad tu jela aktivitinya. Nak keluar hantar seluar kat kedai nak potong lepas tu nak ke 7E Cafe kot beli makanan lunch. Lunch malas nak masak.


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Cekodok pisang memang selalu bikin ngiler. Apalagi kalau masih hangat dan dimakan saat sarapan, rasanya sederhana tapi sangat nikmat. Melihat fotonya jadi pengen ikut menikmati juga. Semoga harinya menyenangkan dan penuh energi

    BalasPadam
  2. Sarapan cekodok pun sedap, yang penting lepas tu takyah masak lunch, itulah mak2 yg bekerja punya point.. ahad freeday & freedom..

    BalasPadam
  3. Puas tu dapat recharged energy hari Ahad.

    Akak buat cekodok kentang pagi tadi dan nasi goreng. Tengahari tak masak, habiskan nasi goreng. Dinner makan kat luar.

    BalasPadam
  4. Time cuti memang gantung kuali. Cuti je la dapat keluar food hunting dengan husb. Selamat behujung minggu, Cie.

    BalasPadam
  5. kena cari pisang lah nanti.. dah lama tak buat cekodok pisang

    BalasPadam
  6. cekodok pisang selalunya PZ je yang pandai buat...dia buat elok cantik je bulat2 rupa parasnya...tiba tang akak..erm..entahlah...

    BalasPadam
  7. Akak suka cokodok, sedap! 😋

    BalasPadam
  8. Cekodok pisang saya suka, pisang goreng pun suka. Yg mana2 lah, asalkan pisangnya terasa manis 😄👍.

    BalasPadam
  9. Sha kalau masak cekodok pun memang guna sudu.. lantak dialah leper ke bulat ke.. kikiki..
    Kentang tu Sha pun suka yang jenis lurus tu.. kalau crinkle ini dia tebal sangat..

    BalasPadam
  10. fav my boys ni! kdg2 lama sgt tak mkn cekodok so MZ akan beli pisang then gigihlah buat cekodok!

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.