Sarapan Pagi Nasi Lemak - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 28 January 2024

Sarapan Pagi Nasi Lemak

sarapan pagi nasi lemak


Pagi ni husband kena kerja ada program so sebelum keluar rumah tadi husband belikan sarapan siap-siap untuk kami 3 beranak. Kakak request nak roti canai kosong, adik nak roti canai sarang burung dan ibu request nak sarapan pagi nasi lemak je.


Pening kan bapaknya melayan 3 permaisuri dalam rumah. Hahaha. Ada 3 selera berbeza pulak tu. Cie ni pun selalunya kalau sarapan kat kedai order roti canai tapi hari ni macam teringin nak makan nasi lemak pulak. Selepas pembedahan gigi geraham bongsu hari ke empat baru la Cie mula makan nasi. Sebelum tu makan soft diet je.


Sambal nasi lemak ni tak sedap pulak pagi ni macam kurang rasa. Masin memang takde, manis ada hujung-hujung je. Selalu sedapnya sambal dia. Gerai ni dalam taman Cie je. Entahla apa silapnya hari ni. Kalau makan situ Cie selalu cakap je sebab dah biasa dengan orang kedai tu.


Ada sekali hari tu terlampau pedas. Anak-anak tak habis makan sebab pedas sangat. Rupanya sambal dia tak cukup masak. Kebetulan ada orang dari KL tempah banyak sambal dia. Jadinya sambal dia hidangkan tu baru masak. Sekurangnya semalaman baru sambal jadi sedap. Kali ni dapat tak cukup rasa pulak. Tapi makan jela.


Babahnya tadi beli nasi lemak ayam. Ayam bahagian kepak. Habis dikerjakan anak-anak je ayam tu. Ibu goreng la pulak telur mata. Baru la lengkap hidangan nasi lemak ada telur. Anak-anak makan dulu tadi. Ibu makan lewat sikit. Tengok tadi si adik Rania tinggalkan telur kuning. Anak-anak memang tak makan telur kuning. Ibu la tukang kutip telur kuning.


sarapan pagi nasi lemak



sarapan pagi nasi lemak


Tak habis pun makan nasi lemak. Dapat makan sikit pun dah kenyang. Lepaskan rasa teringin nak makan je. Waktu lepas pembedahan gigi geraham bongsu tu macam-macam makanan teringin nak makan. Time sakit kan memang nafsu makan tu ada-ada je. Padahal time tak sakit takde pulak teringin macam-macam.

14 comments:

  1. Sambal kalau tak cukup masak boleh buat perut meragam .

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah memang pun kalau tak cukup masak boleh buat sakit perut. mujur maa tu ok je.

      Delete
  2. Boleh kita rasa kalau sambal tak cukup masak kan.
    Anak saya pun tak suka telur kuning. Tapi lama-lama dia makan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenuh dah suruh rasa tetap tak mau juga. hihihi

      Delete
  3. Nasi lemak ..sarapan sepanjang zaman..tapi budak budak la ni depa tak suka kuning telur kan...Saya pula memang suka la...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun nasi lemak zaman berzaman. memang tak lapuk dek zaman la.

      Delete
  4. kan.. masa tak boleh makan macam macam beratur kat dalam kepala...

    ReplyDelete
  5. comel sungguh kejadian telur kuning tu.. anak2 biasa mmg x makan kan.. Alhamdulillah ibunya boleh makan..

    mmg cenggitula keadaannya, bila x boleh makan mcm2 terasa nak makan.. bila dah makan cukup rasa sekadarnya sahaja.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. rebus ke goreng ke memang dorg tak makan. kita la tukang habiskan takut membazir. betul kalau time sakit semua benda la nampak sedap.

      Delete
  6. kenapa ye anak-anak tak suka makan telur kuning? sama macam anak2 saya jugak ni

    ReplyDelete
  7. sambal tu nampak sedap, org malaysia mmg suka makan nasi lemak

    ReplyDelete