Minor Oral Surgery (MOS) Gigi Geraham Bongsu
23 Januari 2024 sekali lagi perlu menghadapi pembedahan gigi geraham bongsu sebelah kiri. Tahun 2018 dulu pembedahan gigi geraham bongsu kanan. Gigi geraham bongsu yang tumbuh tidak normal kedudukannya. Yang sebelah kiri ni tumbuh senget dan menolak gigi geraham bongsu sedia ada tu.
Kisahnya bermula bila gigi tu dah mula keluar. Keluar dan sekaligus menolak gigi geraham yang sedia ada tu menyebabkan ada masa akan sakit. Bila pergi check gigi tahun lepas dentist decide untuk review pada 3 Januari 2024 dan telah decide juga untuk meneruskan pembedahan gigi geraham bongsu pada 23 Januari 2024. Memang kena buang juga.
Seperti biasa 23 Januari 2024 9.30 pagi Cie daftar kat kaunter hasil hospital dulu. Lepas tu naik ke Jabatan Bedah Mulut. Daftar kat JBM pula. Kali ni staf JBM mintak Cie daftar daycare pula di kaunter hasil kecemasan hospital. Mungkin sebagai persediaan in case takut pengsan selepas pembedahan.
Selesai daftar daycare Cie terus pergi ke JBM semula. Sementara tunggu dipanggil macam-macam doa la Cie baca. 10.30 pagi nama Cie dipanggil ke bilik rawatan. Cie diminta duduk atas dental chair. Tekanan darah dan bacaan gula di ambil sambil dentist Dr Amsa menerangkan tentang pembedahan yang akan dijalankan. Gigi mana yang akan dibedah, gigi mana akan dicabut, kesan selepas pembedahan. Selepas kita dah faham semuanya kena turunkan tandatangan persetujuan.
Selepas tu pula ada Pakar Bedah Mulut review lagi sekali gigi. Sebelum ni dentist bagitau akan dibedah gigi 38 dan cabut gigi 28 sebelah atas. Selepas je pakar review bertambah pulak gigi kena cabut iaitu gigi 37 sebelah geraham bongsu tu. Memang kena buang jugak sebab gigi 37 tu tulangnya dah tak kuat.
Prosedur pembedahan bermula 2 orang dentist yang akan membuat prosedur pembedahan hari ni Dr Amsa dan Dr Huda. Dr Amsa sapukan ubat kuning kat sebahagian muka. Separuh muka juga la dia sapu sampai ke hidung dan pipi sekali.
Selepas dia sapu ubat kuning tu dia mulakan step seterusnya letak kain belakang badan dan tarik ke kepala dan muka untuk menutupi mata. Sepanjang proses pembedahan ni memang mata akan ditutup so tak nampak la apa yang berlaku. Atas badan kita pun akan ada diletak kain.
macam ni la keadaan kita atas dental chair tu sepanjang proses pembedahan |
Seterusnya Dr Huda mula bius pulak. Banyak juga cucukkan bius tu kat dalam mulut. Aishhh seram pulak bila ingat. Bila kita dah mula rasa kebas tu dentist akan test untuk pastikan bius tu dah betul-betul berjalan. Rasanya Dr Huda cucuk dengan jarum untuk test sebab ada rasa tajam untuk tempat yang tak dibius tu.
Mula-mula cabutan gigi 37 dulu supaya mudah nanti nak bedah geraham bongsu tu. Untuk gigi 37 ni cabutan biasa saja. Selepas gigi dah keluar Dr Huda bagitau 'gigi dah keluar ye'. Kalau dia tak bagitau tu memang taktau la dah keluar sebab takde rasa.
Selepas gigi 37 dah selamat keluar, seterusnya pembedahan untuk gigi geraham bongsu 38 la. Yang ni payah sikit sebab senget. Dr Huda bagitau 'saya potong tulang sikit ye. Ada bunyi sikit tau. relaks je'. Cie dah cuak sebab bunyi macam gergaji dah. Hahahah. Lepas tu Dr Huda cakap 'gigi dah keluar ye'. Pun sama takde rasa.
Akhir sekali gigi 28 sebelah atas. Yang ni Dr Huda suruh Dr Amsa pula yang buat. Yang ni sakit sikit sebab tools yang digunakan tu terkena bibir. Berair juga la mata sakit terkena bibir. Masa ni pun dentist cakap 'gigi dah keluar ye'. Selepas siap 3 batang gigi tu Dr Huda mula jahit pulak. Masa jahit ni pun takde rasa. Alhamdulillah selesai 3 batang gigi dalam tempoh masa 1 jam 1/2.
Selepas dah siap dental chair tu akan ditegakkan. Balutan kain dibuka. Kita diminta untuk duduk dulu dalam 5 minit macam tu Dr Amsa tanya ok tak. Cie cakap ok je. Alhamdulillah syukur takde rasa pening, takde rasa nak muntah. Boleh bangun dan jalan macam biasa.
Sepanjang tempoh pembedahan tu memang ada rasa cuak, ada rasa berdebar, ada rasa takut. Memang bermacam-macam perasaan la ada. Mujur la team JBM ni memang supportive sangat. Semua tanya dah makan ke belum sebelum mula pembedahan tu. Sepanjang pembedahan pun mereka berborak-borak buat lawak jadinya kita ni tak terfikir pasal takut tu dah. Sibuk juga pasang telinga dengar mereka berborak. Hahahah.
Selepas dah selesai semuanya tu macam ada pasukan sorak pulak belakang dental chair tu. Hahahah. Memasing tunggu siap. Kita ni sakit-sakit mampu tersenyum la. Dr Huda serahkan gigi. Katanya gigi semua ok takde masalah. Boleh bawak balik. Kebanyakkan staf JBM ni memang kenal dan ada kawan husband tu yang Cie dapat gambar masa pembedahan tu berjalan mereka send kat husband. Tu yang riuh je memasing dalam bilik rawatan tu. Memang hilang terus perasaan macam-macam masa mula-mula tu.
Dr Huda minta staf JBM bagi ice pack untuk elakkan bengkak. Lepas pembedahan tu dah nampak macam nak bengkak muka. Masa tu bius masih ada so tak la sakit sangat lagi.
letak ice pack kat bahagian yang dibedah |
Dr Amsa serahkan slip MC 3 hari, slip ubat untuk diambil kat farmasi hospital, kad temujanji dan kapas. Sambil tu Dr Amsa terangkan juga selepas ni tak boleh kumur, tak boleh meludah. Telan saja air liur atau darah. Jangan makan benda keras. Jangan makan atau minum benda panas. Jangan guna straw. Tukar kapas bila dah penuh dengan darah. Kalau ada pendarahan yang banyak kena terus pergi ke kecemasan hospital kalau bukan waktu pejabat, kalau waktu pejabat boleh datang ke JBM.
Masa Dr Amsa terangkan do and donts, Cie ni angguk jela takde benda nak tanya. Duk melayan sakit dah. Bila dah balik baru teringat kenapa tak boleh guna straw. Cie dulu masa pembedahan gigi geraham bongsu kanan dulu pernah la guna straw masa nak makan. Tapi sekali jela masa mula nak makan lepas pembedahan.
Cie pun google sebab apa tak boleh guna straw. Elakkan minum guna straw sebab 'negative pressure' yang terhasil ketika menyedut air menggunakan straw juga akan menyedut keluar darah beku dari soket cabutan dan seterusnya menyebabkan pelbagai kompilasi boleh berlaku seperti pendarahan, masalah soket kering (dry socket) dan juga jangkitan.
So kena makan dan minum menggunakan sudu atau minum terus dari cawan. Bila dah tau ni jangan la buat dah ye. Selepas pembedahan bermula la episod kena makan makanan yang lembut (soft diet). Ada yang beli bubur nasi kat kedai, ada yang Cie mintak husband belikan bubur nasi instant just tambah air panas je. Kena pelbagai baru la tak jemu. 3 hari jugak Cie takut nak makan benda keras.
Menu Makanan Selepas Pembedahan Gigi Geraham Bongsu
Cie makan bubur nasi hari pertama hingga ketiga. Hari ketiga tu baru la cuba-cuba mengunyah. Ada rasa tak selesa. Sebab jahitan tu banyak. Ada rasa sakit juga semasa mengunyah. Makan bubur nasi terus telan je tak kunyah pun.
hari pertama husband beli kat pasar |
bubur nasi ada kuah sup sekali. tak kunyah dah ni terus telan je |
untuk sarapan Cie bancuh ESP dan Cinch Chocolate Ice |
Hari kedua dan ketiga makan bubur nasi instant |
caramel macchiato cicah biskut krim kraker |
suruh husband beli nasi air kat kedai. jemu dah makan bubur nasi instant |
hari keempat masak nasi makan dengan sup. baru la kenyang sikit |
Makan bubur nasi memang tak kenyang. Tu yang kena makan juga biskut cicah air. Nak makan benda keras tak boleh. Hari keempat baru la Cie beranikan diri makan benda keras tu pun nasi putih dan sup ayam je. Ayam bahagian isi boleh la kunyah sikit. Dinner pulak makan nasi goreng letak sup ayam. Kunyah la perlahan-lahan. Jadi tak selesa sebab jahitan tu kot.
Kesan Selepas Pembedahan Gigi Geraham Bongsu
Syukur sangat selepas pembedahan tu Cie tak pengsan ke apa. So tak kena la masuk daycare. Boleh berjalan ke farmasi ambil ubat. Takde pening, takde muntah. Boleh menunggu sementara husband ambil anak kedua kat sekolah, lepas tu baru ambil Cie dan terus tunggu lagi untuk ambil anak pertama pulak. Masih steady dan boleh je bercakap.
Berbanding kesan pembedahan 2018 dulu lepas pembedahan tu muntah dah melepek terus masuk kereta. Nak bercakap tak boleh langsung hari pertama tu. Berbaring je melayan sakit.
Kali ni ok je lepas sampai rumah tu baring kejap je sementara nak tunggu waktu Zohor. Baring pun tak dapat nak tidur sebab kesan bius dah habis. Dah mula rasa sakit. Bila dah rasa sakit tu Cie terus makan ubat tahan sakit. Alhamdulillah takde rasa sakit. Boleh lagi nak main handphone. Tak boleh nak tidur jugak pun tak selesa. Cie buat sendiri ice pack. Bila letak kat pipi tu terus rasa lega.
ambil ice ketul dan balutkan dengan towel. tuam kat pipi. |
Selepas 24 jam pembedahan baru boleh mula berkumur, gosok gigi dan meludah. Memang sangat sakit masa nak berkumur dan meludah tu sampai ke hari ni dah hari kelima pun masih rasa sakit juga bila nak meludah. Mungkin sebab jahitan ni kot.
hari pertama dah mula bengkak |
hari ketiga masih bengkak. masa ni keluar kejap ada urusan |
Muka bengkak bermula hari pertama hingga ke hari keempat. Hari ni bengkak muka dah ok cuma rasa sakit lagi kat tempat pembedahan tu. 30 Januari 2024 pulak tarikh temujanji seterusnya untuk review MOS.
Inilah serba sedikit perkongsian Cie tentang pembedahan gigi geraham bongsu. Bila Cie share kat facebook ramai juga yang pernah mengalami pengalaman yang sama. Ada juga yang tiada masalah dengan gigi geraham bongsu. Cie alami 2 kali masalah gigi geraham bongsu ni. Harapnya selepas ini tiada lagi la masalah dengan gigi ni.
thanks for sharing. thanks jugak sbb singgah kat blog MZ dan drop comment. ni MZ buat kunjungan balas :) happy weekend. shafakillah
ReplyDeleteAamiin. Terima kasih 😊
DeleteAlhamdulillah. Semuanya baik-baik saja.
ReplyDeleteSaya pun terpaksa buang gigi geraham bongsu sebab doktor kata tak ada fungsi.
Tahun lepas terpaksa bedah sebatang gigi geraham kecil bahagian bawah. Susah juga doktor hendak tarik keluar gigi. Rupanya gigi sangkut pada tulang gusi. Jadi terpaksalah potong tulang gusi.... entah saya pun tak faham sangat. Syukurlah selepas itu ok, cuma kena jagalah jahitan pada gusi dengan macam-macam pantang dan nasihat dari doktor gigi.
Ye Cie pun kena potong sikit tulang. Betul macam2 penjagaan selepas pembedahan.
DeleteSeram juga bab cabut gigi ni. Naik bulu roma ni sebab mesti teringat sakit gigi yang amat sangat.....alhamdulilah dah selesai mencabutnya ya....
ReplyDeleteCabut 2 batang, bedah sebatang. Lega bila dah selesai.
DeleteTeruk juga bengkak hari pertama tu.
ReplyDeleteSeram dengar pasal gigi ni...
Apapun semuanya dah selesai.. Alhamdulillah... lega kan?
Ye hari pertama dah bengkak. Alhamdulillah selesai dah.
DeleteThank you Cie share pengalaman operate gigi geraham bongsu tu . Alahaiii seram jugak bila dah habis baca ni . Hehehe . CCL pernah sakit gigi , bengkak gusi dokter decide untuk buang gigi geraham bongsu . Kalau tidak gigi lain akn menolak gigi geraham tersebut and then akan beri effect saki & bengkak gusi
ReplyDeleteye gigi geraham bongsu ni memang akan sentiasa menghantui kita kalau tak dibuang. hihhi. Cie dah buang semuanya. settle.
DeleteAduh...ngeri .
ReplyDeleteBab gigi memang mengerikan lagi lagi pulak geraham bongsu..
ye memang pun paling mengerikan kalau bab gigi ni.
Deletegeraham bongsu belah kiri ni pun nak kena cabut juga. tapi macam seram pulak nak lalui sekali lagi
ReplyDeletememang ngeri kalau kita dah ada pengalaman cuma kena kuatkan semangat jela. set dalam kepala taknak hadap sakit gigi sentiasa.
DeleteLdy memang takut kalau melibatkan gigi.. kalau boleh xnak langsung cabut gigi.. ldy doakan agar cie kembali sihat balik.. dan dah x perlu dah pembedahan selepas ni.. sihat2 sentiasa.. ameeennnnn
ReplyDeleteCie paling takut dentist. tapi tuhla kita takut sangat Allah uji la. hihi. Aamiin. Terima kasih LB :)
DeleteDulu gigi bongsu sy sakit juga Dr cadang operation sampai skrg tak nak operate.
ReplyDeleteKalau tak sakit & tak ganggu takpe je.
Delete