Sardin Goreng dan Telur Dadar - BLOG ROZIAH @ CIE

Saturday 6 January 2024

Sardin Goreng dan Telur Dadar

 Menu Makan Tengahari

Sardin Goreng dan Telur Dadar



Kalau ikutkan malas nak masak hari ni. Tunggu kakak Raisha balik kelas tambahan UPKK ingatkan nak keluar makan je. Tapinya hujan lebat la pulak. 

Akhirnya masuk la ke dapur masak apa yang patut. Dalam fikiran nak masak yang senang je dan cepat siap. Talapia dan ikan keli tadi simpan la dulu tak rajin nak masak sekarang. Hahaha

Maka terjadilah menu sardin goreng, telur dadar dan ulam timun je. Cepat siap dan mudah disediakan. Malas nak masak beria sangat. Hujan-hujan memang kena dah menu gitu. Anak-anak menambah makan nasi.

Resepi Sardin Goreng

Sardin Goreng dan Telur Dadar

Bahan-Bahan Sardin Goreng

1 tin sardin
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
1cm halia - hiris
2 batang serai - titik
4 keping asam gelugor
4 biji tomato ceri
7 biji cili padi
Bahan perisa
Minyak masak

Cara Membuat Sardin Goreng

  1. Panaskan minyak tumis bahan hiris dan serai hingga naik bau.
  2. Masukkan sardin, asam gelugor dan sedikit air. Biarkan hingga mendidih.
  3. Masukkan bahan perisa, cili padi dan tomato ceri. 
  4. Tutup api dah siap.

Cara paling senang masak sardin goreng. Semua hiris-hiris je. Kalau masak sardin goreng mesti geng dengan telur dadar. Malas dah goreng sayur. Potong timun je dah cukup. Menu macam ni boleh buatkan selera bertambah. Hihi


14 comments:

  1. Lauk paling sedap kan...ayam brand pilihan akak tp tu la..harganya dh kayangan dh sekarang...kadang fikir nape la sardin makan hari makin mahal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sardin ayam brand la ni. harga dia memang kayangan betul.

      Delete
  2. Anak2 linda dah kureng makan lauk sardin.. Kalau buat cicah2 kuah atau buat sandwich ok lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak kedua Cie pun sama dia makan kuah je dengan telur dadar. anak sulong makan je sardin.

      Delete
  3. Simple tapi terpaling sedap hehe ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul kekadang masak gini pun boleh penambah selera.

      Delete
  4. Kombinasi lauk beginilah yang paling sedap! Sardin dan telur dadar memang mabeles.

    ReplyDelete
  5. lauk terpaling rajin nih...klu buat sardin kena tumis letak cabai kering buat mcm smbal tu paling laju lah rakyat jelata kt umah tu

    ReplyDelete
  6. kalau menu sardin @ tomyam wajib kena ada telur dadar

    ReplyDelete
  7. menu simple tapi boleh tambah dua kali ni hahaha :P

    ReplyDelete