Aktiviti Balik Kampung - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 20 February 2024

Aktiviti Balik Kampung

 

Aktiviti Balik Kampung

Hujung minggu baru ni Cie balik kampung tidur kat sana ada adik beradik Cie balik. Mula-mula hari Sabtu 17 Februari 2024 tu Cie balik dengan anak-anak dulu sebelah pagi untuk mengemas bilik Cie tu nak buang segala benda yang tak berguna. Kebetulan suami kerja hari Sabtu ada program di Jerantut. Kampung dan rumah Cie dekat je 30 minit tu yang boleh ulang alik je kalau ikutkan.


Pagi Sabtu tu Cie dan anak-anak keluar rumah pagi. Singgah kedai jual ikan keli. Beli nak bawak balik kampung. Singgah juga kedai jual cakoi. Beli cakoi dan pau goreng nak bawak balik kampung. Tak lupa sempat singgah Zus. Tengok ada reward 1 cup belum reedem.


Aktiviti Balik Kampung
kedai keli ni dekat je dengan rumah


Aktiviti Balik Kampung
Zus ni dalam bandar. Sebelum balik kampung masuk bandar dulu

Balik kampung bawak ikan keli dan cakoi. Sampai je kampung tengok kakak sulung dan kakak no 7 yang balik dari Perak duk memancing ikan kat kolam. Susah payah je duk mancing kan. Cie pancing kat kedai je. Hahahah.


Aktiviti Balik Kampung
kolam ikan kat kampung


Aktiviti Balik Kampung
hasil kakak mancing


Aktiviti Balik Kampung
dapat ikan keli kolam

Cie tak suka memancing sebabnya kurang sabar. Lepas tu nanti kalau dapat ikan takut nak cabut dari mata kail. Cie tak join la kakak-kakak memancing tu. Cie masuk rumah nak mengemas bilik. Nak sisih barang tak berguna. Macam-macam khazanah la terjumpa.


Aktiviti Balik Kampung
Rezeki 2 buku pink je. Simpan la juga ni buat kenangan


Aktiviti Balik Kampung
Buku harian masa LI tahun 2003


Aktiviti Balik Kampung
Ada juga kenangan epjj uitm dulu tapi 1 sem pun tak habis. Hahaha


Aktiviti Balik Kampung
Buku service cik kiah pun masih ada

Dulu masa pindah ke rumah sendiri dari kampung, banyak juga barang Cie tinggalkan je. Macam nota masa belajar, buku kakak Raisha sekolah pasti, majalah iSihat, majalah RASA dan ada juga la yang lain-lain.


Aktiviti Balik Kampung
Ni antara benda yang tak berguna dapat 3 beg plastik besar

Settle mengemas dapat la 3 beg plastik barang nak buang dan 1 beg plastik kertas untuk hantar recyle. Penuh la bonet kereta, 1 plastik masuk dalam kereta. Berpeluh la juga nak mengemas tu. Bawak balik taman senang ada Alam Flora akan pick up. Kalau kat kampung kena bakar jela kat lubang sampah belakang rumah.


Aktiviti Balik Kampung
Siap mengemas menu lunch pun dah terhidang

Lepas siap mengemas menu lunch pun dah terhidang. Terus la makan dulu sebelum balik rumah. Nak mengemas baju pulak nak balik tidur kat kampung. Menu gini memang dapat kat kampung jela air tangan kakak sulung.


Siap makan terus balik rumah nak mengemas baju pulak. Kampung dekat je 30 minit. Lagipun akan balik kampung dengan suami sekali. Suami kerja sampai petang. Balik kampung 1 malam pun penuh bonet. Hahaha.


Aktiviti Balik Kampung
Semakin besar bonet, semakin banyak barang. Hahaha

Lepas suami dah habis kerja kami terus bergerak. Pergi beli barang dapur sikit, beli barang kat DIY. Lepas tu baru gerak balik kampung. Sempat jugak singgah rumah kak ipar ambil popia simpul nak bawak balik kampung. Sehaluan je jalan ke kampung. Dah Maghrib baru sampai kampung.


Aktiviti malam masak menu dinner, pergi rumah kakak nombor 2 main bunga api, membawang dengan kakak-kakak sampai tengah malam. Yang balik kampung kali ni abang nombor 5, kakak nombor 6, kakak nombor 7, kakak sulung memang duduk rumah pusaka, kakak nombor 2 duduk kat kampung juga.


Keesokan hari Ahad ada beberapa aktiviti lagi. Sebelah pagi duduk rumah je lepak-lepak. Tengahari pulak kami ke rumah sepupu ada majlis kenduri sambut menantu. Anak kepada sepupu kami sebelah ayah. Walaupun ayah dah takde hubungan kekeluargaan tetap rapat juga.


Aktiviti Balik Kampung


Aktiviti Balik Kampung


Aktiviti Balik Kampung


Aktiviti Balik Kampung
Meriah betul menu kenduri kampung ni semua masak sendiri


Aktiviti Balik Kampung
Masakan kenduri kampung ayah memang sedap-sedap


Aktiviti Balik Kampung
Bubur pulut hitam durian. Desert lain pun ada tak snap gambar


Aktiviti Balik Kampung
Cie dengan anak-anak, kakak nombor 2, kakak nombor 6 dan 7


Aktiviti Balik Kampung
Pengantin lelaki ni anak saudara pupu


Aktiviti Balik Kampung
Dari kiri Cie, kakak nombor 6, sepupu, sepupu, abang nombor 5, kakak nombor 7, kakak nombor 2, anak saudara anak kakak nombor 2


Aktiviti Balik Kampung

Keluarga kami besar. Kalau kumpulkan semua memang ramai dan boleh jadi tak kenal. Adik beradik ayah semua dah meninggal yang lelaki. Hanya tinggal kakak ayah yang perempuan ada lagi cuma dah uzur. Keluarga belah mak pun besar.


Aktiviti Balik Kampung


Petang pulak kami ziarah kubur ayah dan mak. Rindunya la. Ayah dah nak masuk 4 tahun, emak dah nak masuk 14 tahun tinggalkan kami. Semak jugak kawasan kubur ni. 


Aktiviti Balik Kampung



Aktiviti Balik Kampung


Sebelah malam pula hadir ceramah Isra' Mikraj kat kampung. Lama juga tak ke masjid kampung tu. Ada program baru la berkesempatan. AJK masjid sediakan makan malam juga selepas solat Isyak.


Aktiviti Balik Kampung
Lama tak makan agar-agar sirap


11.30 malam baru la bergerak balik rumah. Sampai tengah malam dah kepenatan. Mujur Isnin cuti. Begitulah aktiviti 2 hari 1 malam di kampung. Plan nak buat macam-macam tapi tak sempat.


12 comments:

  1. alhamdulillah..rumah pusaka ada yang jaga...
    seronok dapat berkumpul ramai2 adik beradik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aa kakak yang sulung ada duk situ senang adik2 nak balik.

      Delete
  2. sekali sekala adik beradik berkumpul semua memang best. gamat satu rumah hihi

    ReplyDelete
  3. wah..memang pack. baru nak cakap, rajinnya ulang-alik demi nak hantar sampah, rupanya kampung jarak 30 minit je. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan semata hantar sampah je. Balik kampung kejap mengemas. Husb kerja pagi sampai petang tu yang balik semula rumah.

      Delete
    2. adeh, cmane la saya boleh taip 'antar sampah'. mesti fikiran ke lain. saya nak taip mengemas dan buang sampah

      Delete
  4. banyak sungguh tu khazanah..

    ldy x pernah memancing, tp tgk bagaimana org siang ikan yg xmati lagi tu menakutkan.. sedih nengoknye.. rela ku tak makan ikan tu.. terseksa beb..

    ReplyDelete
  5. Keli ni suka makan tapi pernah bila nak masak sampai tercampak....sebab warna dia tu seram. Haha....

    ReplyDelete
  6. Balik kampung banyak aktiviti best. Kalau mengemas jumpa barang lama mesti terkenang. Orang yang suka mancing je faham kan. hihi..kita mancing kat kedai je tahu.

    ReplyDelete