Laksa Telur Sarang - BLOG ROZIAH @ CIE

Thursday 1 February 2024

Laksa Telur Sarang

 

Laksa Telur Sarang

Laksa Telur Sarang ni antara laksa kegemaran Cie. Dah pernah try yang kat Perak dulu tetap yang ni terpaling sedap. Laksa Telur Sarang ni dah lama juga dijual kat Lipis ni. Cie ingat lagi mula-mula makan laksa ni kat kedai atas JPAM. Masa tu pekedai tu baru mula jual laksa kat kedai tu. Sebelum tu mereka jual donut.


Sekarang ni kedai mereka dah berpindah lokasi ke kedai dibawah Lipis Plaza Hotel. Kedainya nama Josi Donut. Banyak juga produk dijual di situ. Yang paling Cie suka Laksa Telur Sarang ni. Kuah dia tu memang kena dengan selera Cie.


Kalau teringin nak makan laksa memang beli kat situ je. Laksa lain tak sama rasa. Cie ni dulu pernah fobia makan laksa. Hampir setahun juga tak makan. Kisahnya bermula masa pergi bercuti ke Kemaman. Singgah la makan kat 1 kedai ni. Lama dah kisahnya tapi masih ingat la.


Masa tu kami makan celop-celop tepung dan order laksa. Masa kami sampai tu kedai macam baru mula beroperasi. Dia kata laksa kena tunggu dulu kuah belum siap. Kami pun tunggu la. Lama-lama kami pun dah siap makan, perut pun dah kenyang tiba-tiba mereka baru hantar laksa tu dengan kuah berasap lagi.


Cie pun taknak la membazir sebab dah siap pun kan Cie makan la sorang. Anak-anak dan suami taknak makan dah. Ok la juga rasa laksa tu. Lepas siap makan kami pun bertolak balik ke Lipis.


Lebih kurang dah nak pagi keesokannya Cie diserang cirit birit dan muntah. Berulang kali pula tu Cie sorang saja. Memang lembik teruk la siap ambil MC la masa tu. Bila fikir semula makanan yang Cie sorang saja makan laksa tu la. Yang lain-lain memang sama je kami makan.


Laksa tu pun takde menunjukkan tanda-tanda basi ke apa sebab memang betul-betul baru masak kuah pun berasap lagi. Tapi tu la bakteria dalam tu kita tak nampak. Masa muntah tu memang keluar semua laksa tu je. Lepas tu terus Cie serik nak makan. Lama juga pantang laksa.


Sampaikan Laksa Telur Sarang Josi Donut ni pun Cie terpaksa lupakan keinginan nak makan. Fobia punya pasal. Lama-lama baru la Cie berani nak makan semula. Sampai sekarang ok je dah. Kalau pergi ke Kemaman memang ta singgah dah kedai tu. Taktau la masa tu Cie sorang je ke kena atau maybe ada pelanggan lain pun kena taktau la.


Laksa Kuala Kangsar pun Cie suka. Dulu masa arwah Opah suami masih ada memang kalau balik sana mesti cari laksa kuale dan bawak balik Lipis. 1 kereta berbau. Tinggal kenangan je dah Pah dah takde. Kalau Pah ada lagi mesti selalu balik sana jenguk dia. 


Macam-macam kisah laksa ni. Hihihi

19 comments:

  1. Sedap tengok laksa tu. Tapi kalau kuah dia tak kena gaya memang sakit perut la . Kalau tak salah CCL kuah laksa yang panas-panas kalau boleh elakkan dari terus tutup takut timpa wap boleh menyebabkan kuah laksa tu jadi berbuih -buih

    ReplyDelete
  2. ya ampun menggiurkan ya laksa sarang tu. Diah dulu pernah makan laksa pedas gila kuah esok terus demam

    ReplyDelete
  3. nampak sangat sedap.. mcmn la die buat telur mcm tu ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada nampak kat fb haritu video peniaga laksa sarang share. Dulu pun duk mikir macam mana jadi sarang gitu.

      Delete
  4. alahai mesti ada bahan yg tak fresh tu. x sangka kat lipis pn ada jual

    ReplyDelete
    Replies
    1. taktau la kenapa jadi keracunan makanan. aik kenapa Lipis ni macam2 ada tau bukan la kampung hutan sangat. hahaha

      Delete
  5. ya ampunnnnnn waduhhhhh laksa sarang sedapnyaaaa!

    ReplyDelete
  6. allahhhh cirit birit & muntah mmg spoit lah kan akak

    ReplyDelete
  7. Kalau dah ada pengalaman 'hitam' bab makanan, memang kita rasa trauma jew nak makan lagi benda yang sama kan Cie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lama juga tak makan laksa serik. Lepas tu makan semula bila dah tak ingat kisah pahit tu.

      Delete
  8. Rasanya macam pernah makan. Telur tu yang macam sarang tu kan?......

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sebab tu namanya laksa telur sarang. hihhih

      Delete
  9. Pernah nampak orang jual cuma x pernah cuba makan..sedap ye..boleh la cuba nanti

    ReplyDelete