My New Car - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 4 February 2024

My New Car

 The Power Of Dream

My New Car


Alhamdulillah untuk rezeki memiliki My New Car ni pada 3 Februari 2024. Officially kereta ni berdaftar pada 31 Januari 2023. 3hb baru berkesempatan pergi ke Chuan Thye Motor Honda Temerloh. Tu yang kami naik train dari Lipis ke Mentakab. SA kami Mr Donny yang pick up kat Stesen KTMB Mentakab.


Sebenarnya kami booking kereta lain pada bulan November 2023 Toyota Veloz di Nilai. Dah bayar booking pun RM500. Tahun lepas 28 September 2023 kami test drive di Toyota Bentong. Memang berkenan la dah kat Veloz ni. 


Cie ada join group Veloz. Selalu la baca review macam-macam kat situ. Lepas tu isu booking lama. Nak dijadikan cerita pulak SA ni takde cakap bila akan dapat kereta. Duk la kata akan dapat nanti tapi entah bila. Cie pun bincang semula dengan husband. Bagitau dia pro and conts kalau duk tunggu juga.


Husband pun tanya dah tu nak ambik kereta apa pulak. Cie ajak pergi test drive Honda WRV sebab dulu masa sebelum plan nak let go Kia Cerato kami dah pernah test drive Honda HRV. Lupa masa tu test variant apa. SA melayu yang entertain kami. Tapi dia macam nak taknak je layan. Dia kata takde ready stock, kena tunggu lama sebab masa tu Honda nak launch HRV Hybrid dah.


Masa tu saja je kebetulan lalu kat show room Honda. Saja nak test je best ke tak brand H ni kan. Tapi masa tu Cie dah fall in love dengan HRV. Memang berkenan dah tapi husband takmau pulak masa tu. So lupakan terus la kisah HRV tu. 


Bila dah plan nak let go Kia Cerato, husband nak jugak Toyota Veloz black colour. Kecewa jugak dah masa tu sebab Cie suka merah. Kereta sebelum ni Perodua Kenari dan Kia Cerato merah. Tiba kereta ketiga hitam. Pujuk hati takpela hitam ni elegant jugak.


Sampai la waktu test drive Honda WRV, SA tanya suka warna apa Cie tanya merah ada ready stock ke HRV tu. Mr Donny kata ada merah boleh dapat sebelum Chinese New Year. Hari tu terus decide dengan husband nak ambil HRV RS Hybrid dan submit document apa semua. Beberapa hari lepas tu bank call. 2 hari lepas tu loan dah approved. 26 Januari 2024 Pegawai Bank Rakyat Temerloh datang ke rumah Cie untuk sign agreement.


Memang betul slogan THE POWER OF DREAM. Bila kita berimpian, berangan nak memiliki akhirnya kita dapat juga memiliki. Sebelum pergi test drive tu memang selalu la nampak Honda HRV ni kat parking hospital. Selalu cakap dalam hati cantiknya awak ni. Lalu je tepi kereta tu mesti terdetik rasa nak memiliki.


Akhirnya dapat memiliki kereta yang ketiga brand Honda pulak kali ni. Warna masih setia dengan merah cuma brand jela berbeza. 


Kereta pertama dulu Perodua Kenari. Beli masa kerja Assistant Restaurant Manager KFC Genting. Lama jugak pakai sampai habis bayar. Habis bayar awal tahun ke 8. Jual sebab masa tu dah ada anak 2 dan kereta tu sebenarnya dah 3x accident. Masa jual tu dah ambil Kia Cerato bulan 2 tahun 2014.


Kereta kedua Kia Cerato let go baru je lagi 10 November 2023. Plan asalnya dulu nak je pakai Kia tu sampai bila-bila. Malas nak tambah hutang dah. Lega banyak bila tahun 2022 dah habis bayar buat full settlement tahun ke 8. Masuk je tahun ke 9 selalu rosak. Kereta Kia pulak susah nak dapat spare part. Value market pun makin drop. Tu yang let go walaupun sayang.


Takpela kita try pakai Honda pulak. Value market tinggi walaupun dah lama kan. Semoga baik-baik jela my new car ni. Semalam dah try drive dari stesen KTMB Lipis ke rumah. Berdebar jugak sebab dah biasa drive Axia je lepas jual Kia hari tu. Ni nak kena drive kereta besar dan tinggi pulak. Buat masa ni Cie drive Axia husband je untuk pergi kerja. Kat hospital susah parking. Bawak Axia kecil senang nak selit-selit.


Terima kasih banyak SA kami Mr Donny dari Chuan Thye Motor Honda Temerloh yang sangat baik, sangat banyak membantu kami. Explain everything dengan sangat jelas. Masa kami datang test drive mula-mula tu pun dia layan baik walaupun kami datang masa tu naik Axia je. Pakai pun biasa je tapi dia tetap layan. Walaupun masa kami datang tu tak confirm pun nak beli. Bila dengar explaination dari Mr Donny terus rasa ok jadi beli. Beliau pun ada banyak pengalaman jadi SA. Kerja dengan Proton 30 tahun. Baru 8 tahun dengan Honda. Dah berusia juga dah dalam 60 umur dia. 


Kalau ada orang Pahang nak cari kereta Honda boleh cari Mr Donny memang tip top service dia. Takde pulak gambar dia. Semalam dia tak send gambar dengan dia kat handphone dia. Dia send gambar kami anak beranak je.

My New Car
Anak-anak paling teruja dapat kereta baru


My New Car
Akhirnya rezeki memiliki


My New Car


My New Car


22 comments:

  1. Wah, kereta baharu!
    Cantik warnanya. Hati-hati bawa kereta ye Cie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki tahun baru. terima kasih kak.

      Delete
  2. Wah..tahniah dh dapat keta baru...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... tahniah... cantik keretanya..

    ReplyDelete
  4. Pakai kereta baru mmg puas hati.. Hihihi.. Tahniah ya...
    Citer psal axia, Linda rindu betul axia Linda... Hahaha.. Tak puas pkai Aruz, nak selit2 parking pun susah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Axia boleh jadi kereta kedua. kecik senang nak selit2 kalau tempat susah parking.

      Delete
  5. Kereta raya 🥰🥰🥰🥰
    Alhamdulillah.. cantik warna ni..

    ReplyDelete
  6. Self rewards & goal archieve 2024 eh ..tahniahhhh .

    ReplyDelete
  7. Cantik warna kereta. Dulu pernah juga berimpian nak kereta warna merah tapi akhirnya dapat yg warna silver. Kali ni bila ada kereta....saya pilih warna oren pulak.

    ReplyDelete
  8. sronok tahun baru kereta baru...sama kete adik ipar juga ni br dpt aritu tp color grey

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Tahniah, Cie. Tumpang seronok. :)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah the power of dream, tahniah cie

    ReplyDelete