Menu Sahur 8 Ramadan 1447H

Walaupun bersahur menu sama je tetap la nak post kat blog. Semoga sudi la korang membaca ye teman-teman. Hihi. 

Menu sahur 8 Ramadan ni dah takde makanan. Minum je semata-mata. Petang kang Cie nak pergi check up untuk KOSPEN


Setiap tahun semua staf hospital wajib buat saringan kesihatan untuk program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN). Ambil darah untuk check kolestrol dan gula dalam darah. Semoga baik-baik saja la keputusannya.

Esok last day, hari ni la kita pergi check. Kalau time puasa kena pergi ambil darah sebelah petang. Sebab pagi kita dah sahur kan. Tapi tu la Cie tak makan berat pun sahur minum je. Takpela kita pergi jela sebelah petang kang.

Sahur 8 Ramadan ni Cie minum ESP Strawberry. Dulu masa nak turunkan berat badan memang sesuai minum ESP ni selepas berbuka IF atau sewaktu breakfast. Minum ni akan kenyang lama. 

Lepas tu lama stop dan waktu puasa jela minum ESP. Harga 1 tong tu boleh tahan juga tu yang tak minum dah. Dulu masa buat bisnes Shaklee ada bonus tu yang guna untuk beli suplemen. Dah tak buat ni malas dah guna duit gaji. 

Cie minum ESP ni sejak 2012 masa pantangkan anak pertama. Memang membantu memperbanyakkan susu badan. Anak pun kenyang. Masa tu yang vanilla masih terasa soya nya tu. Cie tak minum soya tapi ESP ni telan jugak la. Boleh campur dengan minuman lain juga. 

Sekarang ni dah ada flavour baru Strawberry dan Coklat memang suka la Cie. Senang nak minum takdela kena mix dengan yang lain. 


Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Kita orang baru je dapat email nak kena buat Kospen ni. Tapi hingga bulan 6. emm lepas raya lah nanti pergi wellness buat check up. Mungkin masa tu dah kurus sikit sebab baru lepas puasa Ramadan. hehehe

    BalasPadam
  2. Oooo ada program macam ni bagus..boleh check kesihatan...

    BalasPadam
  3. alert awal-awal. Kadang kita rasa sihat je, tak ada apa… rupanya bacaan dah bagi hint suruh slow sikit makan berlemak, kurangkan manis

    BalasPadam
  4. Suka berbuka dengan air panas dan bersahur dengan air kosong je.

    BalasPadam
  5. ada tak staf yg sengaja skip saringan tu?

    BalasPadam
  6. Saya dahur minum susu Glucerna... Semoga baik baik ajelah keputusangan saringan kesihatan tu

    BalasPadam
  7. Bagus ye ada ujian kospen tu, jadi motivasi utk kita sentiasa jaga kesihatan dan kalau ada yg tak kena, boleh detect awal.

    BalasPadam
  8. Rata2 minuman tinggi protein begini pasti mahal. Sama kayak protein drink yg sering saya minum juga. Tapi memang bagus lah khasiatnya kan. 👍.

    BalasPadam
  9. Semoga urusan saringan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) petang nanti dipermudahkan dan keputusan kolesterol serta gula dalam darah semuanya cantik-cantik belaka.

    BalasPadam
  10. MZ pun cepat habis idea tak tau nak masak apa utk sahur

    BalasPadam
  11. ESP Soya beberapa kali Widad beli.. fuhhhh... nengok harganya bocor poket. Sekarang dah tak minta lagi.. lega ibu😅

    BalasPadam
  12. Tempat Sha tak ada lagi pemakluman KOSPEN ini.. Tertunggu-tunggu juga..

    BalasPadam
  13. Betul ESP satu tong tu memg mahal
    Cuya pernah try beberapa kali je
    Sekarang Cuya bertukar arah try minuman kesihatan lain lak

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.