Keputusan UPKK Tahun 2025

Hari ni 25 Februari 2026 jam 12 tengahari keputusan UPKK bagi tahun 2025 boleh mula disemak. Untuk adik Rania ni ibu takde rasa debaran pun. Sabar menanti tepat 12 tengahari terus buat semakan.

Alhamdulillah adik Rania berjaya memperolehi keputusan 7A 2B. Ibu bangga dengan adik Rania. Masa trial hari tu result macam cukup makan je. Ibu tak mengharap apa-apa kat adik Rania sebab tau kebolehannya macam mana.


Peningkatan sangat ketara juga ni. Meningkat dari peperiksaan di KAFA. Memang ibu sendiri pun tak sangka adik Rania dapat 7A. Bukan senang juga nak dapatkan tu. Tahniah adik Rania. Good job!

Walaupun tak dapat mengulangi kecemerlangan kakak Raisha dulu dapat 8A tahun 2023. Juga dapat menjadi antara 20 orang pelajar terbaik negeri Pahang. Masa kakak Raisha dulu 5 orang pelajar sekolah KAFA mereka menjadi top 20. Tahun adik Rania ni 2 orang sahaja menjadi pelajar terbaik negeri Pahang.

Ramai dapat 8A 1B. Keputusan penuh sekolah takde lagi ustazah maklumkan. Paling rendah rasanya 3A. Tahniah buat semua anak-anak SAR KAFA. Semoga terus cemerlang di masa akan datang.

Cie ambil adik Rania dari sekolah tadi dia buka pintu kereta je terus dia cakap dia tau dah dapat 7A. Cie tanya la tau dari mana. Katanya check kat handphone ustazah. Ustazah guru kelas adik Rania tu anaknya pun sama umur adik Rania. Anaknya dapat 8A 1B. Katanya ramai kawan-kawan dia check sekali result guna handphone ustazah.

Cie baru nak menyakat dia nak cakap tak lulus. Nak bagi dia menangis. Boleh pulak dia dah tau dulu result. Lepas tu dia cakap ‘ok la tu’. Lahhh budak ni siapa pulak kata tak ok. Adoi la anak nombor 2 ni kan.

Dia cakap result dia sebelah kakak je. Yela dia kan 7A, kakak 8A. Padahal kakak tu straight A, dia ada 2B. Taknak kalah tu.

Ibu ni tak pernah bandingkan pun anak-anak. Nak apa-apa kena usaha. Kena rajin belajar. Setiap usaha tu pasti membuahkan hasil. Bila tengok effort orang dapat semua ni tak sama dengan effort kita. Apa anak-anak dapat atas usaha mereka sendiri. Ibu hanya mampu doakan saja kejayaan anak-anak.

Tadi ada borak dalam whatsapp dengan staf hospital. Anak kami sebaya. Anak dia dapat 8A. Share la dengan dia senarai pelajar terbaik negeri Pahang tu ada nama ayahnya macam nama staf hospital jugak. Anaknya dapat 9A. Dia kata betul la tu anak encik XX tu. Dia cerita la effort encik XX dan isterinya. Setiap kali lepas exam ambil kertas soalan dari sekolah KAFA dan bagi anaknya buat sampai dapat markah 100%. No wonder la berjaya.

Bila banding dengan anak kita ni. Balik kelas takde ulangkaji dah. Belajar hanya di KAFA saja. Cie pun takde ajar dah kat rumah. Ok la ilmu yang ada ni boleh digunakan untuk masa akan datang. Jauh lagi perjalanan anak-anak ni. Semoga semuanya beroleh kejayaan dunia akhirat.


Catat Ulasan

0 Ulasan