Alhamdulillah adik Rania berjaya memperolehi keputusan 7A 2B. Ibu bangga dengan adik Rania. Masa trial hari tu result macam cukup makan je. Ibu tak mengharap apa-apa kat adik Rania sebab tau kebolehannya macam mana.
Peningkatan sangat ketara juga ni. Meningkat dari peperiksaan di KAFA. Memang ibu sendiri pun tak sangka adik Rania dapat 7A. Bukan senang juga nak dapatkan tu. Tahniah adik Rania. Good job!
Walaupun tak dapat mengulangi kecemerlangan kakak Raisha dulu dapat 8A tahun 2023. Juga dapat menjadi antara 20 orang pelajar terbaik negeri Pahang. Masa kakak Raisha dulu 5 orang pelajar sekolah KAFA mereka menjadi top 20. Tahun adik Rania ni 2 orang sahaja menjadi pelajar terbaik negeri Pahang.
Ramai dapat 8A 1B. Keputusan penuh sekolah takde lagi ustazah maklumkan. Paling rendah rasanya 3A. Tahniah buat semua anak-anak SAR KAFA. Semoga terus cemerlang di masa akan datang.
Cie ambil adik Rania dari sekolah tadi dia buka pintu kereta je terus dia cakap dia tau dah dapat 7A. Cie tanya la tau dari mana. Katanya check kat handphone ustazah. Ustazah guru kelas adik Rania tu anaknya pun sama umur adik Rania. Anaknya dapat 8A 1B. Katanya ramai kawan-kawan dia check sekali result guna handphone ustazah.
Cie baru nak menyakat dia nak cakap tak lulus. Nak bagi dia menangis. Boleh pulak dia dah tau dulu result. Lepas tu dia cakap ‘ok la tu’. Lahhh budak ni siapa pulak kata tak ok. Adoi la anak nombor 2 ni kan.
Dia cakap result dia sebelah kakak je. Yela dia kan 7A, kakak 8A. Padahal kakak tu straight A, dia ada 2B. Taknak kalah tu.
Ibu ni tak pernah bandingkan pun anak-anak. Nak apa-apa kena usaha. Kena rajin belajar. Setiap usaha tu pasti membuahkan hasil. Bila tengok effort orang dapat semua ni tak sama dengan effort kita. Apa anak-anak dapat atas usaha mereka sendiri. Ibu hanya mampu doakan saja kejayaan anak-anak.
Tadi ada borak dalam whatsapp dengan staf hospital. Anak kami sebaya. Anak dia dapat 8A. Share la dengan dia senarai pelajar terbaik negeri Pahang tu ada nama ayahnya macam nama staf hospital jugak. Anaknya dapat 9A. Dia kata betul la tu anak encik XX tu. Dia cerita la effort encik XX dan isterinya. Setiap kali lepas exam ambil kertas soalan dari sekolah KAFA dan bagi anaknya buat sampai dapat markah 100%. No wonder la berjaya.
Bila banding dengan anak kita ni. Balik kelas takde ulangkaji dah. Belajar hanya di KAFA saja. Cie pun takde ajar dah kat rumah. Ok la ilmu yang ada ni boleh digunakan untuk masa akan datang. Jauh lagi perjalanan anak-anak ni. Semoga semuanya beroleh kejayaan dunia akhirat.


20 Ulasan
Tak apa kak. Terkadang nilai tertinggi pun tak menjamin anak akan sukses nantinya. Kadang saya pikir, saya ada teman yg zaman sekolah nakalnya bukan main, nilai pun dah nomor2 bawah lah kalau compare dengan teman2 lain 😅😅😅. Tapi skr, dia kerja di oil company Qatar. Jadi bagi saya memang bukan jaminan.
BalasPadamHanya saja tetaplah kita support anak kan. Cuma kalau saya, tak lah sampai push sangat. Saya lebih suka santai mendidik anak. Tapi tetap saya ajarkan utk mampu mencari solusi apapun, Krn kemampuan ini yg sebenarnya akan buat anak2 survive di masa hadapan
Tahniah adik Rania. Samalah ngan Alip dia kata dia sama mcm abang 8A, haha padahal abg tu straight As dia ada B 1. Tp takpelah itu yg terbaik dia dh buat
BalasPadamAlhamdulillah...tahniah adik Rania... Hebat tu 8A...
BalasPadam7A linda. 8A tu kakaknya tahun 2023.
PadamTahniah..cemerlang
BalasPadamWah tahniah Rania. Kadang dia rasa terpinggir juga sebab tak dapat lawan kakaknya walaupun cie tak bezakan anak.
BalasPadamAlhamdulillah, tahniah Rania!!!
BalasPadamalhamdulillah.. tahniah adik rania.. good job..
BalasPadamAlhamdulillah..tahniah Adik Rania...tahniah Cie juga
BalasPadamAlhamdulillah, tahniah adik Rania!
BalasPadamUsaha, penat lelah, ulang kaji sampai lewat malam… semua terbayar dengan hasil yang membanggakan
Takde la study sampai lewat malam tu 😅. Belajar hanya di KAFA je. Kat rumah tak belajar pun.
PadamUishh 7A tu hebat sangat dah bagi saya. Okay la tu kakaknya dapat 8A, dia dapat 7A
BalasPadamalhamdulillah... tahniah rania! 7A tu kira dah bagus tu... mudah-mudahan2 lbh cemerlang ms sek men nanti aminnnn
BalasPadamtahniah..smoga trus cemerlang
BalasPadamAlhamdulillah, tahniah buat anak Cie! Takpe banyak lagi ujian di sekolah lepas ni. Tahun depan dah nak start balik PT3 huhu. Seram saya memikirkannya sbb tahun depan anak sulung SPM, anak no. 2 form 3 😮💨
BalasPadamAlhamdulillah 7A 2B untuk adik Rania...Setiap anak ada rezeki dan jalan masing-masing, yang penting usaha dan doa ibu tak pernah putus ❤️ Tahniah buat semua pelajar KAFA, moga terus cemerlang dunia akhirat.
BalasPadamcongrats rania!
BalasPadamTahniah adik Rania.
BalasPadamSemoga terus cemerlang.
Alhamdulillah.. Tahniah buat adik Rania..
BalasPadamSemoga terus cemerlang..
Cuya pon dh tk ingt UPPK dapat berapa. Sebab Cuya tak masuk skola menengah aliran agama jdi upkk mcm tk memberi kesan hahahah
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.