Menu Berbuka 8 Ramadan 1447H

Petang tadi dah buat ujian darah. So esok la baru tanya result berapa untuk kolesterol dan fasting blood sugar. Harapnya baik-baik jela.


Menu berbuka 8 Ramadan hari ni Cie masak 3 jenis menu je. Baru seminggu kekeringan idea dah taktau nak masak apa. Yang pasti setakat 8 Ramadan ni masih masak untuk menu berbuka.


Menu utama Cie masak udang kam heong. Pertama kali juga masak kam heong ni. Resipi google saja. Tengok beberapa resipi lepas tu hentam saja ikut bahan apa yang ada. Ada resipi letak udang kering, Cie takde udang kering. So tak letak la. 

Rempah kari udang pun cari kat 3 pasaraya minggu lepas takde. Ada kat BS tu tapi peket besar memang tak habis la nak pakai sikit je. So tukar kepada rempah gulai ikan je ada kat rumah ni. Pun boleh jela.

Ikan rebus tu Cie goreng dengan bawang dan cili. Dah beberapa minggu jugak Cie buat simpan dalam fridge tahan lama. Bila nak makan goreng je seekor. Adik Rania sorang je tak makan ikan rebus goreng.

Peria tu pulak sebab semalam buat celup tepung tak pahit so kita repeat jela celup tepung habiskan terus setengah biji je lagi. Kakak Raisha pun cakap sedap dia makan juga semalam tu. 

Semalam tak makan buah, hari ni kita buat la fruit plate yang hanya ada epal dan limau. Epal merah ada lagi sebiji dalam fridge. Limau banyak lagi. Setiap hari buah yang sama jela. Makan dengan asamboi memang sedap.

Selamat berbuka korang. Terima kasih ye yang wish tahniah untuk anak Cie si adik Rania. Tak sempat nak reply satu persatu tapi Cie baca semuanya. 


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Boleh tahan canggih juga lauk yang disediakan. Asal mereka makan lauk yang dimasak.

    BalasPadam
  2. Anak² ok ke makan kering² gitu..kalau anak Linda, dah penuh nasi dengan kicap.. hahaha .mak nya jenis makan kering,tapi bapaknya makan berkuah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak2 suka berkuah. kalau takde menu kuah mereka ok je. husband pulak memang jenis makan apa2 semua letak kicap.

      Padam
  3. Memang penasaran lah rasa pare celup tepung begini. Krn saya biasa makan pare mentah, cicah dengan sambal belacan. Belum pernah kalau digoreng tepung

    BalasPadam
  4. tk pernah try masak menu kamheong tp pernah mkn kt sabah time outstation ketam kam heong

    BalasPadam
  5. Udang kam heong pertama kali terus jadi—main campak-campak bahan ikut stok rumah pun boleh jadi sedap...

    BalasPadam
  6. iftar semlm, MZ masak2, iftar hari ni...MZ tak masak lauk, so mr hubby singgah beli lauk2 dan kuih2 kat bazar ramadan ajer

    BalasPadam
  7. Sedap tu udang.. kami belum sempat masak resepi udang. Agaknya dok bahagian bawah freezer, Kawi tak jumpa lagi.

    BalasPadam
  8. Sedapnyaa udang kam heong ... Resepi pun mudah nak buat

    BalasPadam
  9. Cie pening fikir menu berbuka, Sha pula pening fikir menu sahur.. kikiki..

    BalasPadam
  10. Mcm sedap buat peria goreng tu. Makanan sihat tu

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.