Naik Train Dari Lipis Ke Mentakab - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 4 February 2024

Naik Train Dari Lipis Ke Mentakab

 Pengalaman Kedua Anak-anak Naik Train

Naik Train Dari Lipis Ke Mentakab

Semalam 3 Februari 2024 kami menaiki train dari Lipis ke Mentakab. Ni merupakan pengalaman kedua anak-anak menaiki train. Kali pertama pada Disember 2022 train to Jerantut. Masa tu anak-anak memang teruja la pengalaman pertama mereka naik public transport.


Cie sejak dari sekolah menengah memang selalu naik train. Masa tingkatan 4 dan 5 bersekolah di SMV Puteri Temerloh. Memang naik train jela kalau balik kampung sebulan sekali tu. Zaman dulu train biasa je takde aircond. Seat pun biasa. Memang tak selesa la.


Sekarang ni KTMB dah upgrade service mereka. Train biasa pun ada aircond dan seat yang selesa tapi masih mengekalkan harga tiket yang murah. Harga tiket dewasa dari Lipis ke Mentakab hanya RM4 dan tiket kanak-kanak hanya RM2 sahaja. Perjalanan dari Lipis ke Mentakab hanya 2 jam je. 


Kami naik train dari Lipis ke Mentakab ni bertujuan nak ambil kereta. Tu yang dari Lipis kami naik train je ke Mentakab. Balik naik kereta pulak.


Sebelum ke stesen KTMB semalam sempat la Cie singgah Zus Coffee. Boleh la mengopi 2 jam dalam kereta. Rushing juga semalam tu sampai je stesen KTMB, train dah ada. Mujur tak kena tinggal. Waktu train ni berlepas dan sampai tepat je. Takde delay ke apa. Train kami naik 10.20am dan akan sampai ke Mentakab 12.17pm.


Naik Train Dari Lipis Ke Mentakab
coach A ni kosong je cuma kami 4 beranak dan ada sorang ibu dengan anak kecil


Naik Train Dari Lipis Ke Mentakab
sempat singgah Zus dulu


Cie pilih seat yang ada meja so senang kami nak mengadap 4 beranak dan boleh la buat apa-apa guna meja tu. Cie beli tiket online je kat website KTMB. Boleh pilih seat mana kita nak. Cie ambil coach A ada seat meja. Harga sama je tiket seat meja atau seat biasa. Seat biasa ada meja juga kat setiap seat tu cuma takdela mengadap.


Naik Train Dari Lipis Ke Mentakab
masa 2 jam ni Cie gunakan sebaik mungkin update blog. line ada on off.


Naik Train Dari Lipis Ke Mentakab
kat coach A ni je ada seat berdepan gini ada meja. Ada kafe kat coach A


Naik Train Dari Lipis Ke Mentakab
bawah seat ada plug point


Naik Train Dari Lipis Ke Mentakab
kat tepi pun ada plug point juga


Naik Train Dari Lipis Ke Mentakab
yang ni seat biasa


Naik Train Dari Lipis Ke Mentakab
kafe tu ada jual juga air panas, sandwich, sushi. kami tak pernah beli pun


Naik Train Dari Lipis Ke Mentakab
siap bawak bekalan jajan sendiri


Naik Train Dari Lipis Ke Mentakab
stesen pertama selepas Lipis berhenti sekejap je stesen kecil-kecil ni



Naik Train Dari Lipis Ke Mentakab
seat 4 tepi macam ni pun ada


Naik Train Dari Lipis Ke Mentakab
kita oot oot la takde orang dalam ni


Naik Train Dari Lipis Ke Mentakab


Naik Train Dari Lipis Ke Mentakab
train kami naik ni dari Lipis ke Gemas


Naik Train Dari Lipis Ke Mentakab


Naik Train Dari Lipis Ke Mentakab


Naik Train Dari Lipis Ke Mentakab


Naik Train Dari Lipis Ke Mentakab
cantik dah Stesen KTMB Mentakab

2 jam perjalanan sampai la kami ke stesen KTMB Mentakab. Teringat memori masa sekolah dulu turun je dari train, kena jalan kaki ke stesen bas pulak nak balik hostel. Memori 24 tahun dulu tahun 2000-2001 sekolah kat Temerloh. 


Sampai kat stesen Mentakab ni 12.17pm. Sementara tunggu SA kereta ambil sempat la oot oot kat stesen KTMB Mentakab ni untuk simpanan memori. Zaman sekolah dulu takdela gambar kat stesen train ni.

12 comments:

  1. Wah selesa betul dlm train tu ye... Siap ada plug point ye, bagus sangat, up to date dgn keperluan zaman sekarang. PH sekali je kot naik keretapi, masa zaman U dulu. Dari KL ke Tumpat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang sah selesa walaupun train biasa bukan express pun dah selesa sangat.

      Delete
  2. Nampak menarik la train dia..bagus ni siap ada cafe kat dalam tu ..kalau nak ke gemas boleh la cuba naik train kan...nak plan la ngan Nia

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye best selesa siap ada cafe tapi takdela banyak menu. perjalanan pun dekat je train ni.

      Delete
  3. best je tgk naik train. pernah naik lrt je, tu pun if dtg kl. kat sini takda. mungkin menarik tuk bawa anak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sekali sekala bawak anak2 merasa naik public transport.

      Delete
  4. seronoknya naik train, kami xpernah naik... d trg xde train :(

    ReplyDelete
  5. Macam menarik tapi tak tahu pula nak pergi mana naik tren. Teringin juga nak bawa anak anak naik macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je pilih stesen yang terdekat. naik lepas tu turun kat stesen seterusnya. hihih

      Delete