PENGALAMAN MENAIKI TRAIN KE JERANTUT DARI KUALA LIPIS
Cuti sekolah Disember 2022 yang lepas kami telah membawa anak-anak merasai pengalaman menaiki Train To Jerantut. Sebenarnya lama dah plan tapi setiap kali check ticket online mesti hala balik dari Jerantut ke Lipis seat full.
Nak dijadikan rezeki suami mintak Cie check tiket sekali tengok banyak lagi tiket. Suami pun cepat-cepat ke kaunter tiket Keretapi Kuala Lipis nak beli tiket Train to Jerantut. Destinasi paling dekat dari Lipis iaitu lebih kurang 1 jam perjalanan saja.
Untuk belian tiket korang boleh beli secara online atau belian di kaunter. Kami memilih untuk beli di kaunter saja dapat tiket yang boleh dijadikan kenangan untuk disimpan. Kalau belian online boleh
install apps KTMB dan korang boleh explore je kat situ cara nak beli tersangat mudah. Kalau nak beli dari website pun boleh juga boleh klik di
ONLINE KTMB. Pastikan korang log in terlebih dahulu untuk pembelian tiket.
Bermula la pengalaman kami sekeluarga menaiki Train to Jerantut pada 31 Disember 2022 penutup tahun 2022. Dari awal Januari 2022 plan nak bawak anak-anak rasai pengalaman menaiki train, akhirnya penutup tahun 2022 baru merasa naik.
Gambar-gambar tersangat banyak Cie snap. Maklum la AJK sosial media macam Cie ni semua moment boleh dijadikan content. Hihihi. Anak-anak dan suami terpaksa la layankan je. Malas nak upload semua kat sini korang boleh juga view kat Facebook Cie dalam album
Train To Jerantut
TRAIN TO JERANTUT
Masa pergi husband beli tiket yang ada meja senang boleh duduk mengadap. Sekali kakak kaunter tu salah bagi seat number. Bila dah naik tu baru tau rupanya 2 seat je dapat duduk kat meja tu. 2 seat lagi belakang tu. Tak pasti kesilapan masa buat numbering dalam train ke atau dalam sistem yang salah.
Rezeki jugak masa tu coach kami duduk tu kosong takde orang pun. Kami 4 beranak je sampai la ke Jerantut takde orang naik pun. Dapat la kami duk mengadap ada meja makan tapi tak order makanan pun. Macam kami book 1 coach pulak kosong je. Hihi.
Train ni dari Lipis ke Gemas tu yang dari Lipis banyak je kosong. Kiranya stesen pertama. Kalau dari Gemas ke Lipis selalu full. Lipis akan jadi stesen terakhir.
|
Anak-anak paling teruja kali pertama naik train. Sebelum ni pernah la naik LRT tu bukan train macam ni. |
|
Masa pergi kosong je takde orang |
|
Siap boleh berposing sakan la takde orang |
|
Rajin adik melayan ibu nak oot oot. Hihi |
|
Sempat snap gambar sebelum suami buang dalam tong sampai masa sampai kat Jerantut. Baru nak simpan kenangan dia buang pulak. Huh |
|
Sini ada jual makanan tapi harga taktau berapa kami takde beli |
|
10 stesen je dari Kuala Lipis ke Gemas |
|
Kasi can la nak berduaan. Hahaha |
|
Kembang muka kalau wefie. Hahaha |
|
Luas meja makan ni. Saja mintak seat gini boleh duk mengadap
|
|
Naik train boleh tengok nature view |
|
Atas ni boleh letak beg |
|
Plus bersepah dalam train senang nak charge handphone atau laptop |
Sedar tak sedar sejam perjalanan. Sampai la kami ke Jerantut. 2 jam pulak nak tunggu Train To Kuala Lipis. Kami plan makan lunch kat Hailam Kopitiam. Tapi kena jalan kaki la dari Stesen Keretapi ke situ. Mujur cuaca tak panas sangat so ok la. Acah-acah tourist la jalan kaki. Hahaha
Bila dah habis makan ada lagi masa so kami bersantai dulu la kat Taman Awam berdekatan juga dengan stesen tu.
TRAIN TO KUALA LIPIS
Sementara nak tunggu Train To Kuala Lipis sempat la habiskan masa berposing sakan anak beranak.
Seat balik ni dah tak dapat seat ada meja tu. Kena beli seat biasa je. Suami ambik tiket sebelah-sebelah. Masa balik ni dah tak best train full. Coach kami duduk tu ada 1 family naik ramai-ramai. Tersangat la bising macam kat pasar. Kami 4 beranak je senyap. Dah macam rumah mereka je dah anak kecik berlari ke sana sini. Kita tengok pulak rasa rimas dan tak selesa.
|
Babah dengan 2 anak dara |
|
Ni mak dara. Haha |
|
Sebelum tiket ni kena buang kita snap gambar dan terus simpan dalam beg
|
|
Macam dalam flight |
|
Ada tempat letak kaki boleh naik turun tu
|
|
Yang seat biasa ni pun ada jugak meja boleh makan dengan selesa |
HARGA TIKET TRAIN TO JERANTUT
Dari dulu sampai sekarang harga tiket train memang murah sangat-sangat. Harga tiket Train To Jerantut hanya RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Kos kami 4 orang pergi dan balik hanya RM12 sahaja. Masa perjalanan sejam. Tak sempat nak terlelap la.
PENGALAMAN MENAIKI TRAIN TO JERANTUT
Sejam perjalanan menaiki Train To Jerantut merupakan pengalaman baru untuk anak-anak. Ibu memang dah banyak kali naik train. Ibu sekolah kat Temerloh so memang naik train dari Lipis dan turun di Mentakab. Nak ke sekolah naik teksi atau bas pulak tahun 2000-2001. Masa tu train buruk je kelas 3. Takde aircond pun. Pernah berdiri dari Lipis ke Jerantut. Train full.
Dah habis 2 tahun kat Temerloh, belajar di Johor pulak pun naik train juga sampai ke Johor Bharu. Naik malam, esok pagi baru sampai Johor. Memang tidur jela nak tengok apa pun tak nampak dah gelap malam hutan pulak tu so tidur jela.
Train baru ni ada air cond memang sangat selesa la kalau naik. Seat pun masih cantik dan bersih. Baru lagi beroperasi. Kalau dulu train biasa ada tingkap je. Aircond untuk ekspres je.
Bila tanya anak-anak seronok tak naik train jawapan mereka nak naik lagi next time. Hihi. InsyaAllah ada rezeki kita pergi travel backpack naik train pulak nanti.
No comments:
Post a Comment