Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 12 February 2024

Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah

 National Elephant Conservation Centre Kuala Gandah Lanchang Pahang

Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah

Cuti minggu ni panjang sempena cuti Tahun Baru Cina bermula hari Sabtu hingga Isnin untuk yang bekerja dan cuti sekolah dah bermula sejak Jumaat 9 Februari 2024. Biasanya kalau cuti panjang kami sekeluarga akan bercuti. Kali ni tak bercuti sebab nanti sebelum berpuasa dah plan nak turun KL. Tapi sebab cuti panjang ajak la juga babah bawak anak-anak berjalan tempat dekat-dekat je.


Nak pergi Cameron Highlands musim cuti panjang ni memang cari penyakit je memang akan jem. Lagipun bosan dah ke sana taktau nak pergi mana semua tempat dah pergi. Dekat je dari Lipis tak sampai 2 jam. So ajak husband pergi Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah jela walaupun dah banyak kali dah pergi. Asalkan bawak anak-anak berjalan takdela terperuk duduk rumah je.


Kami bergerak dari Lipis selepas sarapan di Kopi Stesen dalam pukul 10 lebih dah. Sampai ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah dah tengahari dalam pukul 12. Memang tengah panas terik jugak la. Masa kami sampai parking memang full tapi ada je lagi kosong. Sampai ke luar pagar orang parking memang ramai orang berkunjung ke sini.


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah
kalau nampa signboard ni tak jauh dah nak sampai


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah
selepas parking kereta jangan lupa untuk buat pendaftaran

Sampai je cari parking dulu. Kemudian terus ke lobi utama untuk pendaftaran. Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah ni mula dibuka jam 10.30 pagi. Biasanya aktiviti dijalankan sebelah petang tu yang kami datang lambat sikit takdela lama sangat duduk situ.


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah



Pendaftaran perlu dibuat di lobi. Ada disediakan borang dan kita perlu isi borang tersebut. Tiada bayaran masuk dikenakan. Cuma digalakkan untuk bagi sumbangan duit untuk pemulihan gajah di situ. Kalau nak buat sumbangan duit ada kena isi borang lain. Cie tak snap gambar borang tu. Taktau juga husband bagi berapa.


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah
borang ni perlu diisi sebelum masuk


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah
kena list semua ahli keluarga atau kumpulan kita


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah
borang kita isi tadi hantar kat kaunter. masa ni la kena isi borang sumbangan


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah
lepas dah daftar kita akan diberikan tag gelang tangan dan jadual aktiviti


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah
senarai aktiviti yang disediakan setiap hari bergantung kepada keadaan cuaca


Selepas pendaftaran dan boleh masuk ke dalam. Lama tak datang ke sini banyak juga perubahan. Macam-macam dah ada rupanya. 


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah


Mula-mula masuk kami terus ke tandas dulu. Tandas dari luar cantik tapi masuk ke dalam agak menyeramkan. Hhihih. Tapi ramai orang so takdela takut sangat. Beratur nak masuk tandas.

Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah


Kat Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah ni pun sekarang dah ada jualan macam-macam kat dalam tu. Barangan, makanan pun ada. 

Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah

Cie beli 1 fridge magnet RM8 nak tambah koleksi kat fridge. 2 beradik tu sampai je nampak aiskrim mintak aiskrim pulak. Aiskrim kon RM2.50. 3 beranak tu je makan aiskrim. Ibu taknak. 


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah


Kita bergambar dari jauh jela. Dah alang-alang sampai kan. Ramai sangat orang tengok gajah. Ada aktiviti bagi makan gajah. Kena beli tebu RM3 seikat. Kami tak beli pun. Anak-anak pun taknak bagi makan gajah tu.


Rupanya sekarang ada2 wing dah. Yang lama tu ada gajah dan boleh bagi makan juga. Wing baru tu ada anak gajah dan ada pentas untuk persembahan. Kami pun tunggu la sampai masa untuk persembahan tu. Dah alang-alang sampai kan.


Mula-mula tu ada persembahan tarian dari anak-anak Asli Sekolah Kebangsaan Bolok. Mereka buat persembahan tarian dan sewang. Masa sewang tu mereka jemput juga pengunjung untuk sama-sama bersewang atas pentas. Sebelum persembahan gajah-gajah.


2.15pm mula persembahan gajah. Mula-mula gajah dimandikan kat anak sungai. Kami tak pergi pun tengok. Dah duduk kat depan pentas tu. Nanti kalau ke sana takde seat pulak. Kami tunggu persembahan gajah je. Persembahan gajah pun biasa je takde yang macam sarkas tu. Gajah sembur air, gajah tidur, gajah duduk dan lain-lain.


Latihan basic je dikendalikan oleh mahut. Mahut ni penjaga gajah tu la. Mereka la bertanggungjawab melatih semua gajah-gajah di situ. Ada 23 ekor semuanya gajah-gajah di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah. Gajah-gajah di sini diberi makan buah pisang, buah betik, tebu, tembikai, palet dan rumput. 4x sehari gajah diberi makan.


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah



Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah
masa ni lepas persembahan gajah dah boleh bagi makan gajah juga. Ramai sangat orang kami terus gerak balik


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah
masa kami nak balik ni dah 3pm pun masih ada lagi orang baru nak masuk


Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah ni ditutup 3.30pm. Last pendaftaran 3.30pm tapi pengunjung boleh berada dalam pusat tu sehingga 4.15pm je. 


16 comments:

  1. Byk maklumat dpt dlm entry ni. Ini antara tempat yg sy teringin nak pergi. Awal ya, 4.15 dah tutup. Kalau yg tataw pukul 4 baru sampai mesti terkilan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3.30 last boleh daftar. Boleh berada dalam tu sampai 4.15pm je.

      Delete
  2. banyak sungguh gajah.. seronoknye dpt tengok gajah real depan mata.. di Trg ade juge tp xbanyak spt di sini..

    ReplyDelete
  3. Menariknya. siap ada pertunjukan lagi.

    ReplyDelete
  4. Pernah nampak dekat TT tempat ni...
    Itulah nieyl dah lama x pergi Pahang, insya'Allah boleh masukkan dalam list kalau ke sana nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah tempat ni tapi ramai lagi belum tau. Kalau ke Pahang boleh la singgah.

      Delete
  5. Pernah nampak adanorang promote tempat ni..akak blom explore lagi area sana...x tau bila berkesempatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali nanti akak plan la bawak family syok jugak.

      Delete
  6. wah..rasa last datang sini masa sekolah menengah dulu. sangat berinformasi tempat ni

    ReplyDelete
  7. Lama Cuya tak tengok binatang... nak pergi zoooooooooo

    ReplyDelete
  8. Pernah pergi ke sini masa Dania kecik2. Ada juga pertunjukkan gajah. Sebelum tu katanya ada aktiviti mandikan anak gajah juga tapi time datang tu dah takde aktiviti ni. Boleh juga suap gajah makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aktiviti mandi tu katanya bergantung kepada paras air sungai.

      Delete