Biskut Coklat Cip Ala Famos Amous
Biskut Coklat Cip ni antara yang Cie suka buat jugak sebab senang sangat. Tak perlu nak terap-terap bagai. Tak guna mixer pun just pukul guna tangan je so mudah la nak buat tu. Bahan-bahan pun takdela susah sangat nak dapat. Bahan asas je untuk buat biskut. Yang penting rasanya sedap.
BAHAN-BAHAN BISKUT COKLAT CIP
1 ketul buttercup
1 1/4 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 cawan coklat cip
CARA MEMBUAT BISKUT COKLAT CIP
masukkan buttercup, gula perang, telur dan esen vanilla ke dalam bekas |
kacau hingga sebati guna senduk kayu |
masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder, soda bikarbonat, coklat cip dan kacau hingga sebati menjadi doh |
bila dah sebati begini boleh rehatkan dalam peti sejuk 20-30 minit |
sudukan ke dalam dulang pembakar. lebih kurang 1 sudu kecil je letakkan adunan tu |
bakar dalam oven selama 20 minit dengan suhu 150c |
Suhu oven tu kena adjust ikut kesesuaian ye. Kalau dah nampak perang bawah biskut tu dan atas pun dah keperangan kiranya masak la dah tu.
Siap dah biskut coklat cip ala famos amous. Kalau ikutkan resipi asal ada minyak, ada jugak orang letak badam cincang. Tapi Cie lebih suka coklat cip saja. Tak payah letak badam dah. Resipi macam ni pun dah sedap. Macam rasa chipsmore pun ada jugak biskut coklat cip ni. Selamat mencuba.
Cuya sempat membeli je.. takde membuat kuih pon kikiki
ReplyDeleteCie banyak masa weekend tu yang buat jugak. hihih
Deleteboleh juga ni adik dan kakak buat.. zaman kakak suka mencuba resepi skrg.. :)
ReplyDeleteresipi senang je boleh try.
Deleteaduyai sedapnya.. nak copy dulu la resepi ni nanti nak cuba
ReplyDelete