Cornflakes Madu
Anak-anak request nak Cornflakes Madu tahun ni maka nya ibu kena buat la. Siap-siap ibu beli 2 kotak cornflakes. Sekotak tu boleh dapat dalam 200+ cup, kalau 2 kotak maknanya 400+ cup ye. Kemain banyak sebab tak cukup kalau buat sikit-sikit. Lagipun Cie bawak balik kampung juga memang kena buat banyak. Mujur la senang je nak buat.
Resipi Cornflakes Madu Cie sedap rasa dia lemak manis. Kalau ada sesetengah tu rasa manis madu sangat tak berapa sedap. Kalau nak lagi sedap boleh guna pure butter. Cie guna buttercup je.
BAHAN-BAHAN CORNFLAKES MADU
1 kotak Cornflakes 325gram
1 ketul buttercup
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan madu
coklat urai untuk hiasan
cup untuk letak cornflakes secukupnya
CARA MEMBUAT CORNFLAKES MADU
cairkan buttercup dan gula perang atas api perlahan |
masukkan madu dan kacau seketika, kemudian tutup api. biarkan sejuk dulu. |
bila dah sejuk masukkan ke dalam bekas bersama cornflakes dan gaul sebati |
bila dah sebati macam ni boleh sudukan ke dalam cup |
bila dah sudukan ke dalam cup boleh la tabur hiasan |
Bakar seketika dalam oven atau air fryer selama 5-7 minit dengan suhu 160c. Baru la cornflakes kita akan melekat elok dan rangup. Suhu tu kena tengok oven korang. Kena adjust ikut kesesuaian la.
Memang tak cukup la makan 1-2 cup je. Senang nak buat dan sedap. Bukan takat budak-budak je suka ni, orang dewasa pun suka. Selamat mencuba!
ni feveret ni walaupun senang nak buat tapi rasa dia mmg sedap
ReplyDelete