Kuih Gunting
Minggu lepas buat kuih gunting sekilo tepung. Buat untuk bawak balik kampung juga. Memang setiap tahun la rutin buat kuih raya ni. Tapi sejak dah tua ni malas dah nak buat pelbagai jenis. Buat yang senang je macam kuih gunting ni.
Tahun lepas buat juga kuih gunting ni. Teringat zaman kecil dulu kakak selalu buat. Sekarang giliran Cie pulak buat kuih gunting ikut resipi kuih gunting olahan ikut selera sendiri.
Bahan-bahan Kuih Gunting
5 ulas bawang putih - kisar
1 biji bawang besar - kisar
1 peket serbuk kari udang
1 kg tepung gandum
8 sudu marjerin
7 tangkai daun kari
1 sudu besar serbuk perasa
1 sudu besar garam
1 cawan air
CARA MEMBUAT KUIH GUNTING
|
Masukkan tepung gandum dan serbuk kari udang dalam bekas |
|
Masukkan bahan perasa |
|
Masukkan garam |
|
Gunting halus 5 helai daun kari |
|
Gaul sebati bahan-bahan tadi |
|
Masukkan marjerin dan gaul sebati |
|
Jadikan serbuk halus |
|
Masukkan bawang besar dan bawang putih kisar dan gaul rata |
|
Masukkan sedikit demi sedikit air dan uli doh |
|
Dah jadi doh macam ni |
|
Dari doh besar tadi bulatkan kecil-kecil |
|
Leperkan doh tadi dan guntingkan bahagian hujung |
|
Gunting hingga habis. Taburkan sedikit tepung supaya tidak melekat |
|
Panaskan minyak dan gorengkan kuih gunting |
|
Masukkan daun kari ke dalam kuali |
|
Bila dah kekuningan, garing boleh la angkat dan toskan minyak |
Siap 1 kilo tepung gandum kuih gunting. Banyak juga dapat boleh la bahagi 2 bekas. 1 untuk rumah sendiri dan 1 lagi bawak balik kampung. Senang je nak buat kuih gunting ni. Boleh juga gunting halus cili kering untuk rasa lebih pedas. Cie gantikan dengan rempah kari udang untuk rasa je. Boleh guna rempah kari lain.
No comments:
Post a Comment