Jamuan Raya 2024 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 1 May 2024

Jamuan Raya 2024

Tahun ni terajin sikit buat makan-makan jamuan raya kat rumah. Masak sendiri je. Jemput pun jiran-jiran, staf Cie dan kawan-kawan husband je. Terbanyak pulak masak menu macam-macam. Tak sangka la jugak dapat sediakan semua sorang je.

Jamuan Raya 2024

Semua Cie masak bermula dari 7 pagi masuk kitchen. Kuah kacang je bukan resipi Cie. Beli yang instant je staf Cie jual masa raya hari tu beli. Cuma tambah air je masak kejap dah settle boleh hidang. Hampir 1pm settle semua sekali termasuk hidang. Sempat la Cie bersiap sebelum tetamu datang.

Menu Jamuan Raya

Cie plan menu jamuan raya ni pun sebab tak puas makan rendang masa raya. Kakak Cie buat rendang daging hitam. Cie tak makan sangat daging. Beraya pun tak jumpa sangat rendang. Tu yang masak sendiri jela rendang yang letak daun kunyit ni. Makan dengan nasi minyak pun sedap je. Tu yang terwujudnya menu-menu ni.

Menu pasta pulak sediakan untuk kawan si adik Rania dan budak-budak yang datang beraya. Kakak Raisha tak jemput kawan-kawan dia. Ibu beria la masak 3 jenis pasta. Budak-budak kan suka pasta.


Jamuan Raya 2024
Nasi minyak pertama kali masak dalam periuk noxxa senang je rupanya


Jamuan Raya 2024
Acar timun Cie suka guna timun jepun


Jamuan Raya 2024
Rendang ayam cili hidup


Jamuan Raya 2024
Nasi impit je Cie rebus. Kuah tu beli yang instant just tambah air masak kejap je

Jamuan Raya 2024
Spageti aglio olio


Jamuan Raya 2024
Macaroni cream cheese sebungkus macaroni Cie buat ni


Jamuan Raya 2024
Terlebi rebus macaroni maka nya kena la tambah jadi makaroni goreng pulak


Jamuan Raya 2024
Fruit cocktail ni Cie tak pakai yang dalam tin tu. Cie letak buah peach dalam tin, laici, nata de coco, cincau, buah naga, susu full cream, susu cair

Jamuan Raya 2024
Buah tembikai ni sangat-sangat manis. Pandai husband pilih.


Jamuan Raya 2024
Ni la semua hidangan jamuan raya Cie. Tak sangka jadi penuh meja


Air pulak Cie hidangkan air hijau. Air yang ada esen pisang dan esen oren. Sampai ke malam ada lagi kawan husband datang. Makanan pun cukup untuk tetamu siap berlebih lagi. Tak pandai nak agak-agak. Masak sikit kang takut tak cukup. So untuk next nanti dah tau la sikit-sikit untuk kira.

Tak ambil pun gambar tetamu yang datang. Ada gambar Cie dengan staf je. Busy melayan tetamu berborak tu yang tak ambil gambar pun. Gambar kami 3 beranak je tu pun tak banyak.

Jamuan Raya 2024






4 comments:

  1. alhamdulillah...linda teringin jugak haa nak buat makan2...tp tak reti masak nie...

    ReplyDelete
  2. Meriahnya menu..Rajin Cie masak sendiri.
    akak plak dah lama tak ajak kawan² datang beraya. Hanya adik beradik je.

    ReplyDelete