Kebosanan takde aktiviti hari ni maka Cie gagahkan diri check in kitchen masak simple menu lunch sup ayam je. Sambil-sambil blend bawang putih dan bawang besar senang nak masak sepanjang minggu ni.
Sup ayam ni nama je sama tapi bahan-bahan berbeza ikut la kita nak letak apa kan. Ada orang masak sup tak tumis terus lebur je semua bahan. Ada orang letak perencah sup, ada letak sup bujut, ada letak rempah sup. Macam-macam la. Cie masak ikut dan je asalkan sedap. Hihi
Dah alang-alang masak sup ayam hari ni Cie nak habiskan terus instant porridge beli masa MOS gigi geraham bongsu bulan 1 hari tu. Porridge tu expired bulan 10 so habiskan terus jela makan dengan sup ayam ni jadi la bubur berlauk.
Selain dari sup ayam untuk menu lunch hari ni, Cie masak juga potato wedges dan telur dadar. Sayur pulak timun jela. Memang sentiasa ada stok timun. Senang potong je bila nak makan tak perlu nak goreng bagai. Jimat masa. Cie potong cili padi dan letak kicap. Malas nak menumbuk buat sambal kicap. Biasanya ada stok sambal kicap dalam fridge. Dah habis hari tu tak buat dah.
Dah siap lunch selepas Zohor tadi. Sambil layan NONA ni ada la masa nak update blog. Cerita makan jela kita minggu ni. Hihihi
Eh, sama la... kita pun kena ada stok timun. Senang... tahan lama sikit nak simpan daripada sayur hijau yang lain.
ReplyDeleteYe senang kalau time malas nak masak sayur tu potong timun je. Asalkan ada sayur.
Delete