Roti Sardin Goreng - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 12 May 2024

Roti Sardin Goreng

Lama tak buat Roti Sardin Goreng ni. Ada 2 versi. 1 versi celup bancuhan tepung dan 1 lagi versi celup telur. Sebenarnya nak buat versi celup bancuhan tepung tapinya tersilap dah tergelek pulak roti tu so buat yang versi celup telur jela.

Roti Sardin Goreng


Cie buat petang semalam. Gulung siap-siap letak dalam fridge. Pagi tadi baru celup telur dan goreng. Awal breakfast pagi tadi sebab kakak Raisha ada sukan kat sekolah kena datang awal 7.30 pagi. Bagi kakak Raisha sarapan dulu.

Resipi Roti Sardin Goreng

1 tin sardin (Cie guna Ayam Brand tin yang sedang)
11 keping roti
1 sudu besar bawang putih blend
1 sudu besar bawang besar blend
Serbuk perasa & garam
Minyak masak
Air
2 biji telur

Cara Membuat Roti Sardin Goreng

  1. Panaskan 2 sudu besar minyak masak kemudian tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga sedikit kekuningan.
  2. Masukkan sardin dan sedikit air serta bahan perasa.
  3. Hancurkan sardin dan biarkan sedikit kering. Tutup api.
  4. Potong tepi roti kalau taknak potong pun takpe je. Lepas tu gelekkan hingga leper.
  5. Ambil 2 sudu teh sardin goreng dan letak atas roti.
  6. Sapukan air di sekeliling roti dan gulungkan. Tekan guna garfu kat bahagian tepi. Buat hingga habis.
  7. Panaskan minyak banyak. 
  8. Pecahkan telur dan pukul
  9. Celup roti tadi ke dalam telur dan goreng sehingga golden brown. Terbalikkan sebelah lagi.
  10. Angkat dan toskan minyak.

Kadang-kadang Cie letak cheese kat dalam roti tu. Sedap jugak. Kali ni tak letak. Guna chesdale tu je. Senang je nak buat Roti Sardin Goreng ni. Kalau nak pedas sardin tu boleh tambah cili kisar atau cili padi. Anak-anak tak makan pedas tu yang takde cili.

Roti Sardin Goreng
Simple je sardin goreng ni


Roti Sardin Goreng
Roti ni tak buang tepi. Tepi-tepi tu sapu air je nak lekatkan. Sardin letak kat atas roti

Roti Sardin Goreng
Gulung macam ni lepas tu tekan dengan garfu kat bahagian tepi


Roti Sardin Goreng
Ni versi potong kulit tepi tu


Roti Sardin Goreng
Siap dah gulung semua boleh simpan dalam fridge kalau taknak goreng terus

Kalau Roti Sardin Goreng celup tepung tu boleh potong roti bentuk 3 segi atau potong 4 segi. Buat bancuhan tepung macam nak buat pisang goreng atau nak senang guna tepung bestari je. Yang tu lagi sedap anak-anak suka. Next time nanti buat yang tu pulak.

16 comments:

  1. sesekali sedap juga makan roti ni, boleh buat bekal anak ke sekolah. Saya follow sini...salam kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul boleh prepare sehari awal. Pagi2 tu goreng je. Done follow awakkk juga 🫰🏻

      Delete
  2. terima kasih Cie bagi idea...nasib baca entry Cie ni...akak nak buat untuk bekal esok dan bekal Dania pi keja esok la...

    ReplyDelete
  3. Roti sardin tak pernah mengecewakan :)

    ReplyDelete
  4. sedap... dan cantik kejadiannya..

    ReplyDelete
  5. sedap ni Cie! nak kena buat stock juga nti ni! hehe

    ReplyDelete
  6. Langsung saya save resep nya kak 😍😍😍😍. Ayam brand ini memang sedap rasa dia. Saya pun kalo nak buat spaghetti oglio tuna, pasti pakai ayam brand juga.

    Nanti nak beli lagi utk isi roti lah 👍

    ReplyDelete
  7. Tadi nampak kat blog mummyayu dia buat roti sardin. Ni nampak kat sini pulak, hmmmm mmg ammi pun kena buatlah nampak gayanya

    ReplyDelete