Sarapan Lontong - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 22 May 2024

Sarapan Lontong

Hari ni cuti sempena Hari Wesak dan Hari Hol Negeri Pahang. Tapi tak dapat gantian. Kerajaan Pahang dah umumkan tiada gantian cuti. Rugi la sebenarnya kalau tak, dapat 2 haru cuti. Jatuh serentak takde gantian. So hari ni jela cuti.

Bila cuti, kitchen kita pun cuti la malas nak masak dah. Keluar makan kat kedai makan dalam taman Cie je. Malas nak keluar jauh sikit. Kedai ni sepanjang masa full. Tadi kami sampai pun takde tempat kosong. Tunggu kejap orang habis makan baru kami duduk.

Sarapan Lontong

Sebenarnya kan ada orang panggil ni nasi impit kuah lodeh. Entahla kami dah terbiasa panggil lontong yang ni. Raya baru ni Cie tak buat lontong ni. Selalu setiap tahun tak pernah miss buat sebab Cie suka makan lontong. Letak tempe fuhhh memang sedap. 

Sarapan Lontong

Lontong ni kalau ada sambal tumis ikan bilis lagi sedap memang ngam la. Tadi pekerja tu tak letak sambal. Cie mintak la. Biasa kalau tuan kedai letak terus dalam pinggan tu. Lama tak makan kat sini semua pekerja baru dah.

Pekerja dia memang sentiasa bertukar. Sepanjang dia buka kedai kat taman Cie ni rasanya lebih 20 orang dah pekerja dia. Huhu. Taktau la kenapa tu. Takde yang kerja lama.

Masakan dia pun macam lain sikit dari mula-mula buka dulu. Sambal tumis ikan bilis dia sedap dulu-dulu, sekarang ni kurang sedap dah. 

Anak-anak makan roti canai. Kakak Raisha roti canai kosong. Adik Rania roti telur sarang. Babahnya keluar awal pagi tadi dah pergi kebun.



8 comments:

  1. Nasi himpit kuah lodeh ni saya jumpa kalau balik kampung saja. Di LD tak ada.

    ReplyDelete
  2. favorite nie.. kalau sambal bilis dia ngam lagilah sedap kan

    ReplyDelete
  3. Teringin pulak tgk lontong.. belakangan ni kalau raya je mmg selalu buat lontong.. kt sarawak ni jarang jugak org buat lontong.. kt kedai pn x byk terjual

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini banyak je kedai jual lontong untuk sarapan.

      Delete