Resipi Ais Krim Rakan Blogger - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 11 June 2024

Resipi Ais Krim Rakan Blogger

Minggu lepas duk scroll reading list terjumpa la blog blogger CikLa kongsi Resipi Ais Krim Homemade. Terima kasih CikLa berkongsi resipi ais krim. Cie baca bahan-bahannya macam mudah dan semua ada kat rumah. Apa lagi projek buat ais krim homemade la Ahad hari tu. 

Resipi Ais Krim Rakan Blogger

Cie buat tengahari. Sebelah petang terus ngap dah walaupun tak beku sangat. Tak sabar nak rasa tu yang terus je ngap. Sedap betul ais krim ni walaupun bahan simple dan kaedah nak buat pun senang gula blender je. Dulu pernah dah buat Homemade Ice Cream dan Resepi Ais Krim.

Kali ni kita cuba resipi lain pulak ye. Cie ada ubah sikit dari resipi asal CikLa.

Resipi Ais Krim Homemade

Bahan-bahan Ais Krim Homemade

1 tin susu cair
4 sudu besar susu pekat
1 sudu besar ovalete
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar serbuk koko

Sedikit Coklat cip

Cara Membuat Ais Krim Homemade

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend sehingga sebati dan gebu. Anggaran dalam 5 minit macam tu.
  2. Tuangkan adunan ke dalam bekas. Taburkan coklat cip.
  3. Simpan dalam freezer sehingga beku.
Masa nak makan tu nanti tabur la coklat urai kalau ada. Takde pun takpe sebab dalam ais krim tu dah ada coklat cip. Suap je sesudu terus rasa coklat cip sedap je kunyah. Nanti nak repeat buat vanilla pulak. Sedap betul rasa macam ais krim beli tu. Tak payah beli dah buat sendiri je.

Resipi Ais Krim Rakan Blogger
Tak nampak coklat cip tu tenggelam sebab adunan ni cair je

Sekejap je beku tu. Cie buat tengahari, sebelah petang pukul 6 dah makan. Tak keras sepenuhnya lagi la. Kiranya kalau buat malam, pagi esok dah keras boleh makan. Kalau buat pagi, petang dah boleh makan. Buat banyak-banyak ais krim ni simpan je senang nak makan.

Anak kedua Cie si adik Rania tu suka ais krim. Yang Cie buat ni hari Ahad, hari Isnin tu dah habis dimakan. Siap request suruh buat lagi nanti. Nak buat perisa lain pulak nanti Resipi Ais Krim Rakan Blogger ni mudah sangat. Terima kasih berkongsi resipi.


8 comments:

  1. Lepas ni boleh buat macam-macam flavour 😊

    ReplyDelete
  2. simple je bahan rupanya..

    ReplyDelete
  3. Duluuuu, sy rajin sgt buat ais krim, skrg ke laut, sbb dah tak nak makan manis². Budak² pun tak ada dlm umah, hehe. Tips nak bagi tekstur dia macam ais krim mahal, bila dia dah separuh beku tu, blend lagi, kemudian bekukan semula. Tapi sy guna hand mixer jer.

    ReplyDelete
  4. Senang je ye .. boleh try nanti

    ReplyDelete