Kat Kedai ECO ni kan macam-macam ada. Walaupun harga RM2.40 je tapi kalau masuk memang lebih RM10 la beli barang. Selain dari beli alat tulis, peralatan dapur, Cie suka juga beli dim sum kedai ECO. 

Dim sum kedai ECO ni bagi Cie murah dan sedap. Ada pelbagai perisa pulak tu. Cuma baru-baru ni beli ada 2 perisa je. Yang lain dah habis agaknya. Kadang-kadang nak beli takde dalam chiller tu dah habis. Memang laku sangat.

Dim Sum Kedai ECO

Dim Sum Kedai ECO

Dim Sum Kedai ECO

Perisa tomyam tu kali pertama Cie beli. Beli sepeket jela takut tak sedap. Rupanya sedap la rasa betul tomyam tu. Anak-anak pun suka makan. Yang perisa ayam cendawan butang ni banyak kali dah beli. 

Pernah jugak beli perisa lada hitam, ayam dan tak ingat dah perisa apa. Semuanya sedap-sedap. Cie makan dengan sos thai. Memang sedap.

Kalau korang peminat dim sum wajib la korang beli dim sum kedai ECO ni memang sedap. Nak masak pun senang kukus je kejap dah boleh makan cicah sos thai. 1 peket tu ada 4 biji RM2.40. 60 sen je sebiji.