Audit Dalaman Di Hospital Bera - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 20 August 2024

Audit Dalaman Di Hospital Bera

Hari ni seharian lagi bekerja di luar daerah. Semalam ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Hari ni ke Hospital Bera pula untuk Audit Dalaman Bagi Program Jaminan Keselamatan Makanan (GMP/HACCP) dan Audit Prosedur Operasi Standard (POS) Sajian di Unit Dietetik dan Sajian.

Audit Dalaman Di Hospital Bera

Bergerak dari Hospital Lipis 7 pagi dan sampai di Hospital Bera 9.30 pagi. Kali kedua dah Cie ke Hospital Bera. Tahun lepas Mesyuarat Jabatan Dietetik dan Sajian Negeri Pahang dibuat di Hospital Bera.

Audit Dalaman Di Hospital Bera
Pagi tadi sampai kat parking hospital sebelum 7 pagi

Hospital Bera ni hospital yang baru dibina. Semua fasiliti baru dan mudah jela audit sebab takde isu sangat. Selesai audit dalaman di Hospital Bera tadi 2 petang terus bergerak balik. Perjalanan 2 jam setengah lagi nak ditempuh.

Audit Dalaman Di Hospital Bera


2 comments:

  1. Bila sampai waktu audit ni.. Debar debar jer rasa nya.. smpai la depa balik hahaha..

    ReplyDelete