Setiap tahun kami di Jabatan Dietetik dan Sajian memang selalu mengadakan sambutan birthday untuk jabatan kami. Biasanya kami buat 2 kali je setahun. Sambutan birthday Januari Jun dan juga Sambutan Birthday Julai Disember.
Pernah je dulu kami buat 3-4 kali sambutan setahun. Banyak kali la buat makan-makan. Bila dah terlalu sibuk tu yang kami decide 2 kali saja lah sambutan.
Untuk Sambutan Birthday Julai Disember ni ada 8 orang yang menyambut birthday dari Julai hingga Disember. Tapi ada sorang tak dapat join sebab masalah kesihatan. So tinggal la 7 orang bergambar memotong kek.
Kebetulan 8 Ogos baru ni kami ada buat Program Sihat dan Cergas tu yang buat Sambutan Birthday Julai Disember terus sekali alang-alang memang ada buat makan-makan. Program tu nanti Cie share di entry yang lain.
Selesai dah Sambutan Birthday Julai Disember untuk tahun ni.
Menu Sambutan Birthday Julai Disember kami memang meriah. Ada yang staf masak kami upah kat dia, ada yang beli staf sponsor. Dah elok bakar kalori buat program sukaneka, lepas tu loading kalori masuk semula. Hahaha.
Yg disember.. Sambut awal lah.. Hihihi..
ReplyDeleteSelamat menyambut hari jadi geng geng Julai :D
ReplyDelete