Influenza A - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 30 September 2024

Influenza A

Hampir 2 minggu hilang dari radar. Gara-gara terkena Influenza A. Memang betul-betul melepek. 18 September 2024 Mak Mertua Meninggal Dunia Cie masih ok. 19 September tu pun sempat la ke rumah kakak ipar untuk kenduri tahlil. Masa tu Cie dah start batuk dan rasa kering kat tekak.

20 September 2024 tu Cie masih bercuti sebab kalau kematian mak mertua dapat Cuti Tanpa Rekod 3 hari. Malam tu ada kenduri tahlil lagi tapi Cie tak pergi dah. Memang start batuk dan selsema dah.Tekak pun mula sakit-sakit dah.

21 September 2024 tu Cie masih lagi keluar beli barang dapur tapi pakai mask la dah masa tu. Masa tu ok je lagi. Balik je beli barang dapur tu sebelah petang memang dah start tak larat. Selsema mengalir je dari hidung. Sakit tekak memang makin teruk, batuk-batuk, sakit badan, sakit kepala. Husband duk urut badan, picit kepala, takde selera makan, melepek terus. Demam sikit je suhu 38.5 je. Seram sejuk je berselimut. Handphone pun tak tengok sangat punya la sakit betul.

Mandi ais, lemon, Herbal Blend Shaklee nak bagi suhu turun. Demam on off gitu je paling tinggi pun 38.5 tu jela. Towel basah memang standby atas kepala, lap-lap muka bagi suhu tak panas sangat.

Sebelah malam makan PCM 2 biji berpeluh-peluh 1 badan. Cie fikir maybe terkena Influenza sebab masa mak mertua meninggal tu anak buah suami memang lepas kuarantin dah terkena Influenza juga. So family kakak ipar memang semua tak sihat batuk-batuk. Masa ni memang dah tidur kat ruang tamu je dah. Tak bagi anak-anak duk dekat.

22 September tu memang melepek terus. Nak berjalan pun tak larat. Solat duduk je dah. Memang takde selera makan. Serba tak kena la. Tidur pun tak lena. Sebelah petang husband bawak ke klinik. Doktor tanya la history apa semua. Buat je swab terus naik terang je tanda Influenza A. Doktor bagi ubat dan MC selama 4 hari bermula 23 September hingga 26 September.

Influenza A

Bermula la rutin menjadi pesakit Influenza A. Kiranya dari Sabtu 21 September tu dah hari pertama la. Cie tak pernah kena Covid. Kawan-kawan kata Influenza lagi sakit. Dari 21 September 2024 hingga 26 September 2024 memang semua gejala tu ada dan semakin hari makin berkurang la. Sakit tekak tu start 24 September tu dah takde lepas makan ubat kemam macam strepsils tu. 

Influenza A

Sakit badan pun start 24 September tu dah berkurang lepas makan ubat doktor bagi. Batuk, selsema masih ada. Sakit kepala pun berkurangan. 

Selera makan pun start 24 tu dah semakin ok. Tapi makan tak habis pun. Sekadar alas perut je. Makan biskut cicah kopi Revitalife setiap pagi sarapan. Makan tengahari dan makan malam makan bubur nasi je beberapa hari. Sakit nak menelan. Makan makanan yang bersup macam mi sup, kuetiau tomyam, kuetiau ladna tu jela yang boleh makan. Lepas tu baru la makan macam biasa.

27 September tu Cie sambung cuti rehat je masih tak larat nak masuk office. Weekend pulak memang betul-betul berehat je. Badan masih tak kuat, masih lemah, cepat penat. Masak 1 jenis lauk pun macam mintak nyawa duk kat dapur tu.

30 September hari ni masuk kerja macam heret kaki. Sebab kerja banyak je kalau tak memang ku sambung cuti. Post influenza ni memang dasyat jugak rupanya. Body kita nak recover tu memang struggle juga. Terpaksa la on makan B-Complex Shaklee nak bagi energy. Vitamin C tak boleh skip. Duk culas tak makan tu yang dapat jugak Virus Influenza ni bertenggek.

Semoga terus sihat la dari Influenza ni. Nyah jauh-jauh virus takmau kena dah. Redha je sepanjang sakit tu kita fikir yang Allah nak hapuskan dosa-dosa kita, Allah uji dengan penyakit.

Bersambung cuti dari mak mertua meninggal tu sampai la habis MC. 18 hingga 20 September 2024 Cuti Tanpa Rekod kematian. 21 hingga 22 September 2024 cuti Sabtu Ahad, 23 hingga 26 September 2024 MC, 27 September 2024 Cuti Rehat, 28 hingga 29 September 2024 cuti Sabtu Ahad. Hampir 2 minggu la tak masuk office.

Kiranya lepas cuti Hari Malaysia tu masuk office sehari setengah je. 17 September masuk office 1 hari, 18 September tu setengah hari je sebab mak mertua meninggal tengahari tu. Kerja pun menimbun la bila lama tak masuk office.

12 comments:

  1. Syafakillah Cie.

    Cie tak pernah kena Covid?. Rare betul ni. Covid pun dah cukup seksa, klu influenza lg sakit spt yg Cie ckp, mmg bleh bayang cemana sakitnya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye masa fasa covid dulu memang betul2 jaga tak skip makan vitamin c, keluar pakai mask, tak keluar sangat waktu pkp, memang duduk rumah je. Alhamdulillah tak pernah kena. Walaupun kat office silih berganti staf kena kuarantin. Allah tak uji masa tu.

      Delete
  2. Pelan² kayuh Cie...
    Bersilih ganti ujian, semoga dipermudahkan segala urusan 🤲

    ReplyDelete
  3. Teruk jugak ya kesan influenza A. Jiran akak pun kena jugak ni, ramai lagi yang demam tapi kalau tak buat test memang tak tahu la kena influenza A.

    Moga Allah kurniakan kesembuhan buat Cie.

    ReplyDelete
  4. risaunya kalau kena dekat anak2,kalau kita boleh lagi kuat bertahan....
    moga cepat sihat sepenuhnya Cie...

    ReplyDelete
  5. Semoga Cie segera sembuh yg tiada sakitnya selepas itu serta tiada yg memudaratkan, Amiiinnn YRA.

    ReplyDelete
  6. Agak parah juga influenza A ini ya kak. Sampai segitunya. Tapi semoga skr ini dah membaik lagi 🤗.

    Memang vit C dan multivitamin rasanya harus rutin diminum. Utk daya tahan tubuh. Saat pandemi saya tak pernah skip sekalipun. Krn itu jarang sakit. Sempat kena covid Krn tertular suami, tapi saya tanpa gejala. Status saja positif.

    Selesai pandemi ini memang banyak penyakit macam2..

    ReplyDelete
  7. Benda yang paling akak elakkan adalah demam dan batuk...sakit kalau kena..dah la sekarang ni macam2 penyakit ada...GWS Cie

    ReplyDelete