Sabtu minggu lepas lunch kat Che Ngah Cafe. Ada la nampak menu baru ada Mushroom Soup And Garlic Bread harga RM11.90. Bila tanya cashier katanya ada 2 ketul roti je. Mula-mula adik Rania nak order tapi dalam masa sama dia nak Nasi Goreng Ayam juga. Ibu cakap pilih 1 je. So dia pilih la nasi.
Memandangkan ibu ni sejenis tak boleh bila anak nak tu rasa kesian pulak kalau tak bagi. Tapi sebab takut tak habis nanti nak makan nasi lagi. So hari Ahad tu ibu ajak babah beli bahan dan ibu buat sendiri jela lagi puas hati makan. Ahad tu ibu buat la makan petang dan sekali makan malam sebab banyak betul dapat.
Nak buat pun tersangat senang. Jom la Cie kongsikan resipi Mushroom Soup And Garlic Bread kot ada yang nak buat. Cara Cie senang je. Bahan pun senang je.
Resipi Mushroom Soup And Garlic Bread
Bahan-bahan Mushroom Soup
Sedikit butter
1/4 biji bawang holland potong ikut suka
3-4 ulas bawang putih potong ikut suka
6 biji shitake mushroom cincang (asingkan 2 sudu besar)
2 sudu besar tepung gandum
1 kotak kecil susu full cream
1 kotak kecil cooking cream
Sedikit daun parsley kering
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil bahan perasa
Air secukupnya
Cara Membuat Mushroom Soup
1 sudu besar butter di masukkan ke dalam non stick pan. Kalau takde non stick boleh je guna kuali biasa.
Cairkan butter jangan sampai jadi caramel ye. Agak-agak cair je
Masukkan bawang putih yang kita dah potong ikut suka tu
Masukkan bawang holland pun sama potong je ikut suka.
Masukkan shitake mushroom yang dicincang. Cie masukkan dalam chopper je senang. Yang ni masukkan yang dari mangkuk besar tu. Kita asingkan tadi 2 sudu besar jangan usik dulu.
Kacau rata dan biarkan sedikit layu semua bahan ni
Seterusnya masukkan tepung gandum untuk pekatkan sup kita nanti
Kacau rata
Masukkan air lebih kurang 1/2 cawan dan kacau rata
Biarkan sejuk sekejap sebelum masukkan dalam blender. Sebab tu kita potong kasar je bawang putih dan bawang besar tu sebab blend je.
Blend sampai hancur. Sebelum blend tadi masukkan air sikit bagi lancar blade mesin tu bergerak. Dalam 1/4 cawan je air
Dah siap blend tadi masukkan semula ke dalam pan tadi
Masukkan lagi 1 cawan air
Masukkan bahan perasa garam, lada sulah, serbuk perasa. Agak-agak jela ikut tahap citarasa tekak kita
Ni tadi kan kita dah asingkan 2 sudu besar shitake mushroom cincang. Masa ni la baru kita masukkan. Sebab nak bagi rasa mushroom tu bila kita makan sup.
Seterusnya masukkan 1 kotak kecil susu full cream ni. Baru sedap lemak berkrim. Takde susu pun takpe je.
Cooking cream ni pun kalau takde takpe. Nak lagi sedap kena letak baru la creamy soup kita tu.
Parsley kering ni pun kalau takde pun takpe. Letak sikit buat naik bau je.
Kacau rata, rasa dan biarkan mendidih sekejap. Boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Siap dah.
Next kita buat garlic bread pulak. Cie guna roti gardenia je. Roti tu terpulang nak guna roti apa. Boleh je roti apa-apa pun asalkan namanya roti kosong je. Jangan guna roti krim pulak. Hahaha.
Bahan-bahan Garlic Bread
Roti gardenia
4 sudu besar butter
3 ulas bawang putih cincang
Parsley kering
Cara Membuat Garlic Bread
Campurkan butter, bawang putih dan parsley
Kacau sebati
Potong 2 roti gardenia
Sapu rata adunan garlic butter tadi pada roti
Susun dalam dulang pembakar. Masukkan dalam oven. Bakar suhu 180c selama 10minit. Bergantung pada oven masing-masing. Kalau takde oven nak guna air fryer pun boleh. Kalau takde semuanya guna kuali pun boleh je.
Siap untuk dimakan
Buat sendiri boleh makan ulang-ulang.
ReplyDeleteYe banyak boleh dapat.
DeleteSaya sebenarnya tak biasa makan mushroom soup, tapi bila tengok presentation tu, nampak macam worth trying. Mungkin lepas ni bolehlah beranikan diri cuba, mana tahu terus jatuh cinta.
ReplyDeleteSedap mushroom soup. Try la nanti rasa. Yang instant pun ada je jual.
DeleteMak² macam tu la kan... Mmg akan usahakan bagi apa yg anak² nak, esp bab makan... Nanti PH nak try resepi Cie ni... Buat sarapan pun sedap juga kan...
ReplyDeleteTak sampai hati kalau tak tunaikan. Nanti cuba la ye resipi ni.
DeleteKalau sampai habis licin tu mestilah sedap kejadiannya
ReplyDeletesuka makan ni. kat resto jarang jumpa roti lg byk drpd sup🤣 plg byk 4 ketul. lain2 selalu 2 je🤣
ReplyDeleteMushroom soup beginiii lah yg saya suka. Yg halus. Tp msh ada tekstur jamur sikiiit. Thank youuuu for recipe kak cie 😍😍😍. Langsung saya save.
ReplyDeleteKalo garlic bread saya biasa oles pake garlic cream yg sudah jadi . Tp kapan2 nak coba buat pakai krim garlic buatan sendiri yg Kaka bagi ❤️
okey nanti nak buat boleh rujuk kat sini...nampak senang aje tu...
ReplyDelete