Tips Simpan Daun Sup dan Daun Ketumbar - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday, 18 September 2024

Tips Simpan Daun Sup dan Daun Ketumbar

Sebelum ni Cie pernah cuba Tips Simpan Daun Sup dan Daun Ketumbar cara macam ni. Letak air dalam botol dan rendam daun sup dan daun ketumbar beserta dengan akar sekali dalam botol tu. Biar je dalam peti sejuk. Daun tu kena bungkus plastik la.

Cara ni tak praktikal sangat nanti lama-lama akan ada daun yang kuning, daun yang rosak. Paling lama pun tak sampai 2 minggu bertahan. 

Cara lain Cie pernah cuba Tips Simpan Daun Sup dan Daun Ketumbar ni ialah simpan daun ni sekali akar dalam bekas bertutup dan biarkan je dalam bekas tu. Lama-lama nanti jadi rosak jugak dan daun jadi kering. 

Semua tak berhasil sampai la Cie cuba Tips Simpan Daun Sup dan Daun Ketumbar dengan cara simpan dalam freezer. Mudah je daun sup dan daun ketumbar tu kita cuci bersih-bersih dan potong ikut citarasa kita. 

Tips Simpan Daun Sup dan Daun Ketumbar

Letak dalam bekas kecil-kecil untuk sekali penggunaan sahaja. Letak la air sikit dalam bekas tu kemudian bekukan dalam freezer. Nak guna just keluarkan je sebekas. Boleh terus masukkan dalam sup ke tomyam ke atau kita boleh letak kat luar peti dulu sebelum mula masukkan dalam makanan. Tapiskan air yang dah cair tu baru masuk dalam makanan. 

Hasilnya daun tu masih segar dan tak rosak selepasnya ianya dimasak. Sedap je rasa daun tu. Setakat ni Cie dah guna daun ketumbar masak siakap thai serta tomyam dan daun sup untuk masak sup ayam. 

Tips Simpan Daun Sup dan Daun Ketumbar
Daun sup

Tips Simpan Daun Sup dan Daun Ketumbar
Daun ketumbar

Memang menjadi Tips Simpan Daun Sup dan Daun Ketumbar dalam freezer. 

12 comments:

  1. menarik..lum pernah cuba mcm ni.. leh cuba ni. tq for sharing!!

    ReplyDelete
  2. Selalu baca tips ni tapi tak pernah lg try.. tq for sharing

    ReplyDelete
  3. Memang menjadi tips ni, sy semua benda memasak, daun2 ke, kunyit, halia, lengkuas semua frozen. Kalau daun2 sup, daun bawang dan ketumbar ni biasa sy akan cuci bersih kemudian gantung sampai airnya semua kering, lepas tu baru hiris masuk dalam bekas.

    ReplyDelete
  4. Sama la cara kita.. saya pun simpan daun ketumbar, daun sup, daun bawang & daun kunyit dalam bekas & simpan dalam freezer. Bezanya saya tak rendam dalam air, saya buat mcm cara SK tu.

    ReplyDelete
  5. sy jarang msk. kalau beli daun ni n nak buat msk, sy beli ngam2 utk dimasak je. mmg x penah simpan

    ReplyDelete
  6. Sama, PH pun simpan cara sejuk beku macam ni. Memang berkesan 👍

    ReplyDelete
  7. masa dekat melaka, peti ais 2 pintu, memang selalu buat gini, cumanya linda letak dalam plastik eskrem je...skang tak buat gitu, peti ais 1 pintu, tak muat nak letak semua benda...hihihi

    ReplyDelete
  8. Nanti saya coba tips ini. Memang paling seriiiiing daun bawang dan seledri yg cepat rusak di kulkas. Sering terbuang jadinya

    ReplyDelete
  9. boleh la cuba tips ni..akak ada je daun sup dan ketumbar dalam fridge..

    ReplyDelete
  10. ammi simpan kat freezer tak letak air. memula ammi basuh bersih dan potong ikut size. then ammi tos (alas tisu dapur tu). Bila dah kering sikit ammi letak dalam freezer dan bila dah keras sikit ammi masukkan dalam bekas. jadi bila nak pakai tak perlu defrost bagai...sebab daun-daun tu mmg terpisah tak melekat

    ReplyDelete