Sebelum ni Cie pernah cuba Tips Simpan Daun Sup dan Daun Ketumbar cara macam ni. Letak air dalam botol dan rendam daun sup dan daun ketumbar beserta dengan akar sekali dalam botol tu. Biar je dalam peti sejuk. Daun tu kena bungkus plastik la.

Cara ni tak praktikal sangat nanti lama-lama akan ada daun yang kuning, daun yang rosak. Paling lama pun tak sampai 2 minggu bertahan. 

Cara lain Cie pernah cuba Tips Simpan Daun Sup dan Daun Ketumbar ni ialah simpan daun ni sekali akar dalam bekas bertutup dan biarkan je dalam bekas tu. Lama-lama nanti jadi rosak jugak dan daun jadi kering. 

Semua tak berhasil sampai la Cie cuba Tips Simpan Daun Sup dan Daun Ketumbar dengan cara simpan dalam freezer. Mudah je daun sup dan daun ketumbar tu kita cuci bersih-bersih dan potong ikut citarasa kita. 

Tips Simpan Daun Sup dan Daun Ketumbar

Letak dalam bekas kecil-kecil untuk sekali penggunaan sahaja. Letak la air sikit dalam bekas tu kemudian bekukan dalam freezer. Nak guna just keluarkan je sebekas. Boleh terus masukkan dalam sup ke tomyam ke atau kita boleh letak kat luar peti dulu sebelum mula masukkan dalam makanan. Tapiskan air yang dah cair tu baru masuk dalam makanan. 

Hasilnya daun tu masih segar dan tak rosak selepasnya ianya dimasak. Sedap je rasa daun tu. Setakat ni Cie dah guna daun ketumbar masak siakap thai serta tomyam dan daun sup untuk masak sup ayam. 

Tips Simpan Daun Sup dan Daun Ketumbar
Daun sup

Tips Simpan Daun Sup dan Daun Ketumbar
Daun ketumbar

Memang menjadi Tips Simpan Daun Sup dan Daun Ketumbar dalam freezer.