Selasa minggu lepas Cie ke Kuala Terengganu bagi menghadiri Seminar Food Waste Management (nanti Cie cerita dalam entry seterusnya) pada 11 September 2024 hari Rabu di Permai Hotel Kuala Terengganu.
Kami bertolak pada Selasa 10 September 2024. Perjalanan dari Kuala Lipis ke Permai Hotel Kuala Terengganu mengambil masa lebih kurang 5 jam sebab tu kena bertolak awal sehari. Seminar tu 11 September bermula 9 pagi.
Dari Lipis kami bertolak pukul 10.45 pagi dan selamat sampai ke Permai Hotel Kuala Terengganu pada pukul 4.30 petang selepas beberapa kali pit stop. Jauh kami seminar di Kuala Terengganu. Sempat Cie berjumpa dengan family abang Cie yang menetap di Terengganu.
Kami menginap di Permai Hotel Kuala Terengganu. Seminar pun diadakan di situ juga so senang la nak hadir seminar. Tempahan bilik dibuat oleh pihak hospital menggunakan Perolehan Kerajaan (E-Perolehan). So tak perlu bayar apa-apa dah.
Rate hotel ni murah juga hanya RM160 1 Superior Room sekali breakfast. Cie duduk dengan Matron Hospital. EO pulak duduk dengan driver. Kami booking 2 bilik. Kami ambil 2 single bed. Biliknya luas juga dan banyak kemudahan disediakan dalam bilik.
Iron je takde. Bila tanya receptionist masa check in tu dia kata ada kat setiap level. Cie cari malam tu takde. Call housekeeping tak angkat. Call receptionist dan dia kata akan confirm semula dengan housekeeping. Tak lama lepas tu housekeeping hantar iron je.
Cie kata iron board takde. Dia kata biasa ada je dalam bilik. Entahla masa masuk tu memang takde pun iron mahupun iron board. So taktau la sebenarnya iron ada dalam bilik atau tak. Cie ada nampak iron board kat hujung sana sebelah lift staff hotel tu. Cie cakap kat staff tu dia pun ambil la dia kata koyak sikit ni takpe ke. Cie ok je as long ada ruang nak gosok. Dapat pulak iron tak berapa panas. Adoi la jenuh iron berulang kali sampaikan fed up lantak la kedut ribu-ribu pun.
Katil selesa, bantal selesa tapi tak boleh tidur. Kalau beralih tempat selalu la jadi macam ni. Aircond pun ok takdela sejuk sangat. Sedang-sedang je kira selesa la.
Kami turun breakfast 7.30 pagi orang dah ramai kat restaurant. Banyak la menu disediakan. Cuma tak ambil gambar buffet line je. Segan la pulak. Hihi. Ambil gambar yang Cie makan jela. Banyak juga pilihan.
Yang Cie ingat ada kopi teh, peach tea kalau tak silap untuk jus. Makanan berat ada nasi minyak, nasi dagang. Ada salad, pasta, pastry, dessert kek, puding, agar-agar, buah-buahan. Bubur nasi pun ada. Meriah la juga.
Lepas breakfast kami terus check out. Nak masuk seminar pulak jam 9 pagi.
Permai Hotel Kuala Terengganu ni berdepan dengan KTMC (Kuala Terengganu Medical Centre). Berhampiran juga dengan Pantai Batu Buruk. Tapi takdela dekat sangat. View pantai pun tak nampak. View bangunan je ada.
Kawasan hotel tu padat dengan bangunan, kan. Jauh jugak tu Cie berkursus, sempat tak shopping kat Pasar Payang?
ReplyDeletetu la jauh sangat organizer pilih tempat kursus. tak sempat pun ke PP. Sempat ke KTCC Mall je.
DeleteSeronok dapat berkursus di luar negeri sendiri. Jauhlah boleh berjalan².
ReplyDelete