Seminar di Kuala Terengganu - Blog Roziah Muhammad Nor

Thursday, September 12, 2024

Seminar di Kuala Terengganu

Hari ni cuti so kita gunakan masa yang ada ni nak update entry Seminar di Kuala Terengganu pada 11 September 2024. Seminar Food Waste untuk Jabatan Kesihatan Negeri Pahang yang diadakan di Permai Hotel Kuala Terengganu. Kemain jauh kan seminar di Kuala Terengganu. Cie saja ambil cuti hari ni dah tau kepenatan nanti balik dari travel jauh.

Kami bertolak ke Kuala Terengganu menaiki kenderaan jabatan pada 10 September 2024 jam 10.45 pagi dari Hospital Kuala Lipis. Kami melalui jalan Gua Musang - Felda Aring - Kenyir - Kuala Terengganu. Perjalanan lebih kurang 5-6 jam la tengok pada perjalanan tu la ada jugak beberapa kali berenti makan dan ke tandas.

seminar di kuala terengganu

Kami bertiga iaitu Cie, Matron dan EO hospital serta seorang pemandu yang membawa kami seminar di Kuala Terengganu. Sampai di Gua Musang waktu makan tengahari terus kami singgah makan la sebab nanti dah masuk jalan Feldda Aring dan Kenyir tu dah takde kedai makan. Kami singgah makan di Kedai Nasi Kukus Irdina. Mengikut cadangan anak Matron cakap makanan kat situ banyak pilihan.

seminar di kuala terengganu

Memang tersangat banyak pilihan lauk pauk sampai taktau nak ambil yang mana. Nasi diberikan oleh pekedai dan kita pilih dan senduk sendiri  lauk pauk. Cie ambil kerabu perut dan sayur goreng je. Taktau nak makan apa dah jemu tengok lauk ayam. 

Lama jugak kami makan kat kedai tu. Makan sambil berborak. Yela walaupun bekerja di 1 hospital yang sama tapi jarang berjumpa dan berborak pun. Ada program yang melibatkan unit lain ni la dapat berjumpa dan sama-sama travel.

Siap makan semua kami teruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan memang Cie tak dapat tidur la. Jalan dari Felda Aring ke Kenyir tu memang melompat-lompat dalam kereta. Jalan yang tak rata berbonggol-bonggol. Memang tak boleh nak tidur. Bila kat kawasan yang takde line tu terkelip-kelip jela mata menikmati permandangan luar.

seminar di kuala terengganu

seminar di kuala terengganu

Sampai ke hotel tempat penginapan kami tu dah pukul 4 lebih terus check in masuk bilik dan solat. EO ajak ke KTCC Mall dia nak shopping. Kami ikutkan je dah alang-alang sampai Kuala Terengganu kan. Cie pun banyak kali dah ke Kuala Terengganu tapi belum pernah jejak ke situ. Tak beli apa pun takde favourite store Cie. Cuma beli latte bask bear je. Nak beli toast kena tunggu lama tu yang beli latte jela. Ke mana-mana mencari kopi jela Cie ni. Hhiihi.





Lepas settle EO membeli-belah tu kami singgah di Pantai Batu Burok mengambil angin pantai. Sekejap je singgah. Takde apa yang menarik kat pantai cuma ambil angin jela.

seminar di kuala terengganu

seminar di kuala terengganu

Selepas tu kami bergerak mencari kedai makan pula. Cie tak makan sebab dah plan nak keluar dengan family abang yang duduk di Kuala Terengganu. Mereka bertiga jela yang makan. Lepas makan kami terus balik ke hotel. Masa tu abang Cie pun dah on the way nak ambil Cie at hotel. Cie tunggu kat lobi hotel jela malas dah nak naik bilik. Tak lama lepas tu anak buah pun sampai.

Terus la kami bergerak ke kedai makan. Tak ingat dah apa nama kedai tu duk teruja dapat jumpa abang, kakak ipar, anak buah dan cucu-cucu. Lama betul tak jumpa. Tak ingat dah bila. Cucu-cucu pun semuanya dah besar belaka. Makan-makan dan berborak jela. 

Anak buah yang duduk di Marang dan Setiu pun datang sekali jumpa Cie. Dapat la Cie jumpa cucu-cucu yang dah lama tak jumpa. Dah alang-alang sampai Terengganu terus plan jumpa. Mula-mula Cie ingatkan abang Cie, kak ipar dan anak buah Cie sorang je. Rupanya ada sekali yang lain. Dapat la jumpa semua.

seminar di kuala terengganu

seminar di kuala terengganu

seminar di kuala terengganu

seminar di kuala terengganu

seminar di kuala terengganu

Dah selesai semuanya anak buah hantar Cie semula ke hotel. Dalam 10 lebih sampai hotel terus mandi, solat. Tak lena jugak tidur walaupun tilam empuk, bantal empuk. Sejenis bila bertukar tempat tidur memang susah nak lelap walaupun penat. 

Next entry nanti Cie share pasal seminar di Kuala Terengganu dan entry Permai Hotel Kuala Terengganu.

Seminar di Kuala Terengganu habis 4 lebih 11 September. Lepas habis seminar kami terus gerak balik. Singgah beli keropok dulu. Kedai keropok ni anak buah driver kami tu yang suggest kat situ. Katanya sedap. Owner kedai tu siap bagi kami sebungkus keropok goreng free untuk kami cuba. Apa lagi kami makan terus dalam kereta. Sedap keropoknya cicah dengan sos tu memang sedap. Cie borong 6 bungkus sekali sos sebotol. Beli nak bagi orang juga nanti. Sebungkus rm5, sos sebotol rm5.

seminar di kuala terengganu

seminar di kuala terengganu

seminar di kuala terengganu

Sampai rumah 10.15pm. Terus mandi dan borak dengan anak-anak. Rindu sangat kat ibu. Si adik Rania nampak ibu balik terus peluk ibu. Kakak Raisha kata adik nangis ibu takde. Alahai anak manja ibu ni dah 10 tahun pun masih manja dengan ibu.





3 comments:

  1. wah..sambil seminar sambil jumpa family seronok kan...best pi Trengganu...

    ReplyDelete
  2. Ramai dah ya cucu² saudara.
    Seronok tu pergi kursus dapat pula jumpa adik beradik yang lain.

    ReplyDelete