Dinner 30 September & 3 Oktober: Abe Joe Cafe

Sepanjang minggu 30 September dan 3 Oktober 2 kali makan menu di Abe Joe Cafe. Yang 30 September tu Cie bungkus je. Masa tu Faiz takde ke KL, kami 3 beranak je Cie malas nak masak. Balik kerja terus singgah bungkus. 


Cie order nasi goreng ikan masin, kerabu perut untuk Cie. Kakak Raisha order nasi goreng ayam dan adik Rania order nasi goreng udang. 



Kerabu perut kat situ memang favourite Cie. Cuma tu la rasa setiap kali order tu berbeza. Cie suka rasa yang dulu-dulu lagi sedap. Kerabu perut nya meriah dengan sayur. 

Untuk 3 Oktober pulak kami keluar dinner kat Abe Joe Cafe lepas Isyak kami keluar. Dah semua takde idea nak makan apa, ke situ jela. 

Cie order epal asam boi tapi dapat air asam boi limau kasturi. Masa nak bayar tu Faiz cakap tapi Abe Joe cakap betul la air epal. Tak pernah pulak air epal ada limau kasturi. Faiz bayar jela. Kakak Raisha order teh o ais dan adik Rania laici ais. 


Makanan pulak kami order menu berbeza. Faiz order menu nasi goreng apa entah lupa dah ada udang, sotong dan ayam blackpepper. Cie order nasi putih, kerabu perut dan telur dadar. 






Kakak Raisha order nasi putih, tomyam campur. Adik Rania order nasi goreng udang seperti biasa. 

Kali ni kerabu perut tawar. Takde perasa langsung. Sayur meriah macam biasa cuma tawar je. Cie suka kerabu perut kat situ mereka guna perut yang macam tuala tu. 

Tomyam pun tak memenuhi citarasa kakak Raisha. Katanya kurang sedap ditekaknya. Tapi habis licin je kami makan. Kelaparan dah semua makan lambat. 

Overall ok je makan kat situ. Mungkin tukar tukang masak rasa berbeza la kot. 2 kali minggu tu makan kat situ. Dah taktau nak makan kat mana. Repeat kedai sama jela. 


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. kdg2 utk keluarga kecik mcm Cie baik makan di luar je. Harap sentiasa ada restoran yg menepati citarasa Cie sekeluarga.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.