Cili blend yang dah masak pun ada je kat freezer, malam tadi dah letak kat bahagian chiller. Kelapa parut frozen pun ada Kak Ngah bagi hari tu Cie masukkan dalam freezer. Malam tadi letak di chiller.
Pagi ni blend je kelapa parut, lepas tu perah. Kalau ikutkan senang guna santan kotak je. Tapi sebab Kak Ngah bagi hari tu ambil jela. Cie masak nasi 4 cawan beras. Campur 2 cawan beras biasa, 2 cawan beras basmathi. 6 cawan santan. Masak dalam periuk noxxa HP 7 minit je. Cie masukkan juga garam, hirisan halia dan bawang besar. Bila masak tu aroma wangi menusuk hidung. Jarang juga Cie masak nasi lemak letak halia dan bawang tu. Masak lebih nak bawak ke rumah Kak Ngah.
Sambal pulak Cie cuma blend bawang besar dan bawang putih sikit. Cili blend yang Cie dah simpan stok tu dah memang ada sekali bawang dan dah dimasak pun cili tu. Tahan lama la simpan dalam freezer. Bila nak masak menu apa senang takdela renyah nak rebus cili kering, nak blend bagai. Tumis-tumis kejap masukkan gula, bahan perasa, pes asam jawa, bawang besar hiris, ikan bilis. Cie masukkan juga daun pandan dalam sambal masa menumis nak bagi naik aroma wangi sambal tu.
Stok ayam dah habis jadinya telur mata dan telur rebus jela nasi lemak Cie hari ni. Hirisan timun kena ada kalau menu nasi lemak.
Keropok pun kena ada. Sekarang Cie beli keropok yang dah siap goreng ni je kat Shopee Keropok Baby Sri Murni. Setiap kali beli 2 peket, bila habis je repeat beli lagi. Senang tak payah nak goreng-goreng. Boleh terus ngap. Makan gitu saja pun sedap, makan dengan nasi, makan dengan sos semua la sedap.
Siap masak Cie terus iron baju kerja untuk 4 hari. Minggu depan Cie kerja 4 hari je. Isnin Cie join treasure hunt rumah sukan hospital. Berdebar pulak bila dengar ura-ura cabaran. Hospital ambil belia untuk conduct treasure hunt nanti. Faham-faham jela kalau belia yang handle. Kitonyo dah veteran. Hahaha.
Doakan team Cie berjaya selesaikan semua cabaran ye. Team Cie rumah sukan biru. Combine dengan beberapa jabatan la. Rumah sukan biru kami nama Divo Bugatti. Tema sport car. Nanti Cie share post lain la pasal sukan hospital ni.
Plan pagi ni nak balik kampung kejap nak menjenguk Idris Arhan. Bulan depan baby boy ni nak balik Johor dah.







1 Ulasan
Waaaah, saya drooling lihat nasi lemaknya 🤩🤩🤩. Isssh, macam tak sabaaar nak ke Malaysia Desember ini. Saya dah niat mau puas2 makan nasi lemak selama di JB, Terengganu dan KL 😄.
BalasPadamNak buat sendiri pernah kak. Tapi sambalnya failed 🤣🤣. Dah laaah, nanti puas2 makan saat di sana
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.