Dinner 30 September & 3 Oktober: Abe Joe Cafe

Sepanjang minggu 30 September dan 3 Oktober 2 kali makan menu di Abe Joe Cafe. Yang 30 September tu Cie bungkus je. Masa tu Faiz takde ke KL, kami 3 beranak je Cie malas nak masak. Balik kerja terus singgah bungkus. 


Cie order nasi goreng ikan masin, kerabu perut untuk Cie. Kakak Raisha order nasi goreng ayam dan adik Rania order nasi goreng udang. 



Kerabu perut kat situ memang favourite Cie. Cuma tu la rasa setiap kali order tu berbeza. Cie suka rasa yang dulu-dulu lagi sedap. Kerabu perut nya meriah dengan sayur. 

Untuk 3 Oktober pulak kami keluar dinner kat Abe Joe Cafe lepas Isyak kami keluar. Dah semua takde idea nak makan apa, ke situ jela. 

Cie order epal asam boi tapi dapat air asam boi limau kasturi. Masa nak bayar tu Faiz cakap tapi Abe Joe cakap betul la air epal. Tak pernah pulak air epal ada limau kasturi. Faiz bayar jela. Kakak Raisha order teh o ais dan adik Rania laici ais. 


Makanan pulak kami order menu berbeza. Faiz order menu nasi goreng apa entah lupa dah ada udang, sotong dan ayam blackpepper. Cie order nasi putih, kerabu perut dan telur dadar. 






Kakak Raisha order nasi putih, tomyam campur. Adik Rania order nasi goreng udang seperti biasa. 

Kali ni kerabu perut tawar. Takde perasa langsung. Sayur meriah macam biasa cuma tawar je. Cie suka kerabu perut kat situ mereka guna perut yang macam tuala tu. 

Tomyam pun tak memenuhi citarasa kakak Raisha. Katanya kurang sedap ditekaknya. Tapi habis licin je kami makan. Kelaparan dah semua makan lambat. 

Overall ok je makan kat situ. Mungkin tukar tukang masak rasa berbeza la kot. 2 kali minggu tu makan kat situ. Dah taktau nak makan kat mana. Repeat kedai sama jela. 


Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. kdg2 utk keluarga kecik mcm Cie baik makan di luar je. Harap sentiasa ada restoran yg menepati citarasa Cie sekeluarga.

    BalasPadam
  2. Kerabu perut tak semua tempat ada buat, susah pulak nak cari kat JB ni.

    BalasPadam
  3. Kalau rasa dah bertukar tu, rasa tak syok pula...

    BalasPadam
  4. Sebenarnya sebal juga kalau suatu tempat makan tak bisa maintain konsistensi rasa dia kan. Padahal dalam dunia kuliner, rasa yang konsisten itu paling utama. Kalaupun ganti chef, setidaknya owner harus menguasai resep asli sehingga dia bisa mengajari chef baru . Tapi tuhlaah, tak semua kedai makan punya SOP begitu kan 🤭

    Memang nampak menyelerakan kerabu perut itu kak. ❤️

    BalasPadam
  5. Nampak sedap kerabu perut tu, meriah dgn pelbagai rencah.

    BalasPadam
  6. Bab epal asam boi tu lagi pelik, tiba-tiba ada limau kasturi! Harap kunjungan seterusnya dapatlah rasa kerabu perut macam dulu dan air yang betul-betul dipesan.

    BalasPadam
  7. Epal asam boi biasa gak order... bubuh limau kasturi tak pernah jumpa.

    BalasPadam
  8. Rasa makanan pulak tak konsisten ye

    BalasPadam
  9. Allah...macamana la pulak 🍏 dah jadi limau kasturi...mmm..kadang dah makan minim malas nak pertikaikan walau ada rasa ralat kan...Apapun makanan nampak sedap

    BalasPadam
  10. Allah...macamana la pulak 🍏 dah jadi limau kasturi...mmm..kadang dah makan minim malas nak pertikaikan walau ada rasa ralat kan...Apapun makanan nampak sedap

    BalasPadam
  11. Kerabu perut memang sedap kan Cie. Saya suka yang digaul denfan pucuk paku dan taugeh.

    BalasPadam
  12. sy suka betul kerabu mcm tu
    kalau ratah je dah cukup kenyang dah

    BalasPadam
  13. alhamdulillah, nampak sedap belaka tu. MZ terliur sotong tu

    BalasPadam
  14. Kerabu perut tu mesti banyak tangan yang buat tu yang rasa tak konsisten tu..

    BalasPadam
  15. Semua menu nampak menyelerakan ..sedap tak sedap tuan empunya badan yang dapat menilainya kan

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.