Trimester I - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 25 March 2013

Trimester I

FASA KEHAMILAN

Trimester Pertama (0-12 minggu)

IBU: Masa ini adalah masa terpenting kehamilan. Pada masa ini bayi anda sedang membesar dan kerana itu anda seharusnya mengelakkan mengambil ubat-ubatan yang boleh mengganggu perkembangan bayi. Pengambilan folik asid disarankan bagi mengurangkan masalah saraf tunjang pada bayi. Secara fizikal, perut anda masih belum menonjol kerana uterus masih berada di bawah. Masalah utama bakal ibu ketika ini ialah mabuk hamil. Selain itu, mereka juga mudah berasa letih & payudara terasa berdenyut & lebih berat. Perkara ini disebabkan oleh peningkatan paras hormon yang dirembeskan. Jika anda mengalami masalah emosi yang serius, berbincang dengan doktor anda mengenai cara mengatasinya.

BAYI: Dalam tempoh ini, bayi dipanggil embrio. Pembentukan sustem saraf & otak sedang berlaku. Pada minggu ke-5, jantung bayi mula berdegup, diikuti pertumbuhan perut, tunas kaki & tangan serta mata & telinga. Selepas minggu ke-8, bayi dipanggil janin (fetus). Pada minggu ke-12, saiz bayi kira-kira 300mm dengan kebanyakan organnya sudah terbentuk.

#sumber: Buku Penjagaan Ibu & Si Kecil

No comments:

Post a Comment