Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik sempena tahun baru 2015 nih. Kejap je masa berlalu dan kini tahun 2014 telah meninggalkan kita dengan 1001 kenangan yang tak mungkin dapat kita lupakan buat selama-lamanya.
Selamat Tahun Baru 2015
Selamat Tahun Baru 2015 |
Tiada sambutan tahun baru sejak dari dulu lagi. Entah memang tak biasa nak sambut-sambut nih. Kebiasaan ketika musim sambutan tahun baru penuh dengan pertunjukkan bunga api di segenap tempat di seluruh negara.
Di Malaysia memang tiada sambutan memandangkan Malaysia masih berdukacita berikutan peristiwa banjir yang berlaku di Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Perak.
Bila sebut TAHUN BARU pasti semua punya AZAM TAHUN BARU kan. For me memang tak pernah wujud kot azam baru. Bukan takde azam atau impian tapi rasanya tak perlu tunggu tahun baru kalau nak ada azam dan impian. Bila-bila masa je kita boleh punya impian.
Impian semua orang pasti inginkan kejayaan kan. Kejayaan didalam hidup. Kekayaan pun sudah pasti semua orang impikan. Kejayaan dan kekayaan memang menjadi impian semua orang. Kekayaan memang penting sekarang nih. Bukan untuk diri sendiri je tapi kekayaan untuk membantu lebih ramai orang. Apabila kita kaya apa-apa je kita boleh bagi untuk membantu mereka yang memerlukan. Itulah impian ku dari dulu hingga kini.
Impian nih kalau tercapai memang rasa sangat bersyukur. Semoga impian ku nih akan menjadi kenyataan satu hari nanti.
No comments:
Post a Comment