CARA ATASI SINKI TERSUMBAT
Beberapa hari yang lepas sinki kat dapur tu tersumbat maka banjir la setiap kali guna sinki tu. Bagitau kat husband. Ok katanya weekend nanti repair. Nak tunggu weekend dan la kadar stress meningkat bila setiap kali guna je tersumbat.
Dulu macam pernah dengar boleh guna Soda Bikarbonat untuk selesaikan masalah sinki tersumbat. Macam tak percaya je eh betul ke soda tu kan guna untuk buat kek takkan untuk baiki sinki tersumbat pulak.
Google punya google dan akhirnya jumpa semua kata Soda Bikarbonat dan Cuka Makan tu boleh membantu baiki sinki tersumbat.
Kebetulan kat rumah memang takde Soda Bikarbonat. Baking Powder ada la takut tak menjadi pulak. So singgah kedai beli la sebotol kecik 35gm tu nak try kaedahnya kan. Cuka Makan memang ada kat rumah.
So lepas balik kerja, malam sebelum tidur terus buat projek untuk baiki sinki tersumbat.
CARA BANCUH
35gm Soda Bikarbonat (1 botol kecil jenama Meriah)
1/3 cawan Cuka Makan
Air Panas
Masukkan Soda Bikarbonat dan Cuka Makan ke dalam mangkuk. Apabila bancuhan dah berbuih terus curahkan ke dalam sinki yang tersumbat. Biarkan selama 6-10 minit. Selepas itu curahkan air panas ke dalam sinki.
Senang je kan guna Soda Bikarbonat dan Cuka Makan je selesai masalah tak perlu nak guna belanja yang besar. Kalau sinki tersumbat ni memang masalah besar bagi kaum wanita. So bila ada cara yang mudah ni so lepas ni boleh standby la kat rumah.
Sebenarnya banyak lagi cara untuk atasi sinki tersumbat ni tapi cara ni Cie cuba dan berkesan sebab tu Cie share semoga bermanfaat buat korang yang hadapi masalah sinki tersumbat ni. Selamat Mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan