The Everly Hotel | Putrajaya
Selepas check out dari Dash Box Hotel Cyberjaya husband hantar kami ke Alamanda then baru husband pergi masuk office. Disebabkan Alamanda ni sebelah je dengan The Everly ni so kami 3 beranak jalan kaki jela untuk check in 3 petang. So sementara nak tunggu jam 3 petang sempat la round 1 Alamanda tu.
Tepat 3 petang terus jalan kaki je dari Alamanda tu. Dari Golden Screen Cinemas Alamanda tu jalan je ke kanan then nanti akan nampak signboard The Everly so follow je memang sangat dekat tak sampai 5 minit kot.
Cie book melalui booking.com beberapa hari sebelum check in. Cie book Deluxe Room 2 single bed. Rate RM260 untuk 1 malam. Bilik besar, kemas dan bersih. Memang selesa la. View pun cantik nampak tasik.
Facilities yang lengkap siap ada tea and coffee amenities, fridge |
bathroom tak ada bath tub cuma ada rain shower je |
toiletries pun lengkap ada |
tea and coffee amenities |
safety box |
iron, iron board, sejadah pun ada disediakan |
sofa pun ada. mcd pun ada tu tapi tapau sendiri la. hahaha |
amboi adik siap landing dah |
single bed pun besar dan selesa la nak tidur dengan anak-anak |
seronok sangat 2 beradik ni dapat tidur hotel |
view dari bilik kami tingkat 11 |
oh ya kat hotel ni support no smoking tau. bagus sangat |
baru balik dari dinner lepak lobi kejap ibu nak ambil gambar. hihi |
adik snap gambar ibu dan kakak |
rezeki kakak dan adik terserempak dengan chinese group yang ada event kat situ bagi jajan dan mainan |
ni waktu breakfast kakak makan roti canai |
adik pun breakfast roti canai |
buffet breakfast yang sangat meriah |
banyak pilihan makanan untuk buffet breakfast |
sampai kat belah sana buffet breakfast memang meriah la |
ibu wajib la makan porridge kalau stay kat hotel |
pasta dan sosej |
half boiled adik dan kakak tapi tak habis pun ibu yang kena habiskan |
nasi beriani tapi macam tak kena je dengan lauk ayam masak kicap dan sayur campur. kalau ada beriani ayam atau kambing dan acar timun baru ngam |
2 beradik agak kecewa tak ada tembikai. yang ada sunkist, epal dan buah naga je |
syok breakfast sambil tengok pemandangan. so pilih la duduk sebelah tepi. |
adik gigit sikit je epal.lepas tu ibu la yang habiskan. huhu |
macam nak naik atas meja budak kakak ni. huhu |
sebelah sana tu la restoran tadi. lepas siap breakfast melepak jela dengan anak-anak. babah work |
nampak tasik jela view kat hotel ni |
ni public toilet kat everly. memang cantik sangat toilet tu. |
bersih dan cantik dalam toilet |
Kesimpulannya memang best stay kat The Everly Putrajaya. So lepas ni kalau nak stay kat Putrajaya Cie akan pilih untuk stay kat sini lagi. Makanan sedap, service terbaik, layanan staff hotel pun terbaik. Pendek kata Cie sangat recommend korang yang tercari-cari nak stay mana kalau datang Putrajaya. Lokasi strategik sebelah hotel ada Alamanda Putrajaya so boleh la kalau nak shopping
Tiada ulasan:
Catat Ulasan