Kerabu Peria - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday, 20 August 2018

Kerabu Peria

RESEPI | KERABU PERIA

resepi kerabu peria

Hari ni dah start cuti maka terlebih rajin la nak masak lunch. Terpaksa rajin la sebab malas nak keluar beli makanan. Rasa dah lama tak buat Kerabu Peria weekend baru ni beli peria dan bunga kantan. 

Ramai orang tak suka makan peria. Cie memang suka sangat makan peria. Walaupun pahit tetap best sebab banyak kelebihan peria yang ramai orang tak tau. Selain Kerabu Peria, Peria Goreng Taucu, Peria Goreng Sardin, Peria Celup Tepung. Pendek kata semua la best.

Bahan-bahan Kerabu Peria

resepi kerabu peria

1/2 biji peria
1/2 biji bawang besar
1 batang serai
1 batang bunga kantan
4-5 biji cili padi
Sedikit ikan bilis
3 sudu kecil garam kasar
Air untuk rendam peria

Cara Membuat Kerabu Peria

1. Rendam peria, garam kasar dan air selama sejam.
2. Hiris nipis peria, bawang besar, serai dan bunga kantan.
3. Potong cili padi kecil-kecil.
4. Ikan bilis ditumbuk.
5. Selepas sejam toskan peria yang direndam.
6. Gaulkan semua bahan. Siap untuk dihidangkan.

Cie tak letak garam dah sebab bila kita rendam tu secara tak langsung peria dah masin.




4 comments:

  1. Sedapnya kerabu pria.. Cara paling best nak makan sayur yang pahit-pahit macam peria nie.. kikiki..

    ReplyDelete
  2. JM tak suka peria...
    tak pernak makan...

    ReplyDelete