Selamat Hari Wanita Sedunia 2023 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 8 March 2023

Selamat Hari Wanita Sedunia 2023

 SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA SEDUNIA 2023

Hari Wanita Sedunia atau Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun di seluruh dunia. Mungkin ramai yang masih belum tahu kewujudan Hari Wanita Sedunia ni. Hari bagi menghargai pengorbanan wanita.


Selamat Hari Wanita Sedunia 2023


Wanita hebat bukan kerana dia "cantik". Wanita hebat bukan kerana dia "kaya". Wanita hebat bukan kerana dia "pintar" dan bukan pula kerana disampingnya ada seorang lelaki kaya dan tampan." Tapi wanita hebat adalah wanita yang mampu terus berdiri menyelesaikan masalahnya. Mampu berdoa dan percaya kepada Allah adalah sumber "kekuatan". 

Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan. Bersabar saat tertekan. Tersenyum saat menangis. Diam saat terhina. Mempersona kerana memaafkan. Begitulah hebatnya seorang insan bergelar wanita.

Tahun 2023 ni ramai golongan wanita diuji dengan kegagalan dalam hidup berumahtangga. Ada yang artis, bukan artis, influencer dan ramai lagi. Allah hanya menguji mereka yang hebat dan kuat. Berpadanan dengan kekuatan mereka. Semoga dipermudahkan urusan wanita yang diuji semoga terus bangkit berjuang mempertahankan hak masing-masing.

Jadi wanita tak boleh lemah. Perlu ada duit sendiri. Kalau kita ditinggalkan sebab suami curang atau suami diambil Allah, kita takkan jatuh terduduk. Kita boleh meneruskan kehidupan. Buat la bisnes kalau anda adalah seorang surirumah. Supaya kita ada duit simpanan sendiri. Tak semua kaum lelaki bagi duit secukupnya kepada isteri. Kita taktau bila Allah nak uji kita. Setiap orang ujian kehidupan tak sama.

".... wanita-wanita yang kalian khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka, dan jauhilah mereka di tempat tidur dan pukullah mereka. Jika mereka mentaati kalian, janganlah kali mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar." (Q.S. An-Nisa:34)

Hargailah, lindungi dan hormati wanita-wanita disekeliling anda. Sesumgguhnya wanita adalah insan istimewa, yang menjadi inspirasi dan kekuatan buat semua jiwa.

4 comments: