RESEPI KEK GULA HANGUS
Kek Gula Hangus ni antara kek kegemaran Cie. Kalau nak makan memang kena beli. Tapi memang susah sangat nak jumpa orang yang jual dan susah juga nak jumpa yang sedap.
Masa cuti hari tu Cie ada membelek majalah RASA. Belek punya belek terjumpa la resepi Kek Gula Hangus. Tengok bahan-bahan macam mudah je nak buat. Bahan pun semua ada. Cie pun try la buat.
Percubaan pertama tu buat gula hangus tak menjadi. Jadi keras lepas letak air. Hahaha. Bahan semua dah sukat maka teruskan jela. Yang gula tak jadi tu masuk tong sampah.
Buat gula hangus kedua main agak-agak je. Kiranya tak ulang dah kesilapan yang mula-mula tadi. Hikmah tak putus asa Alhamdulillah menjadi jugak akhirnya. Cerewet nak buat kek ni.
Nak bakar pun ada teknik juga. Tak sama macam masak kek lain. Tawakal jela takut tak jadi. Masa masuk dalam aluminium baking tray tu nampak macam cair semacam je. Takpela teruskan je.
Mula la proses membakar pulak. Sepanjang tempoh tu memang risau betul. Takut la tak jadi. Tapi yakin je pasti menjadi. Sejam berlalu akhirnya.
Baru lepas keluar dari oven. Sejukkan kejap |
Tak sejuk betul-betul pun tak sabar nak try. Hihi |
Alhamdulillah cantik kejadiannya |
Boleh try resepi ni memang menjadi |
Akhirnya berjaya juga buat sendiri kek kegemaran. Boleh guna resepi Kek Gula Hangus tu memang menjadi. Masa buat gula tu je kena hati-hati jangan gelojoh nanti jadi keras. Hihi.
Jarang pun buat guna resepi majalah. Selalu beli je majalah lepas tu simpan. Belek-belek je bila ada masa. Sekarang zaman online memang takde dah beli majalah. Rasanya takde jual dah. Nak resepi google je.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan