Dim Sum RM2.40
Malam ni malas nak masak nasi. Tadi lunch pun dah pukul 2 lebih. Petang tadi pulak dah beli air kat Lion King Cafe Kuala Lipis so takde rasa lapar sangat. Nak makan luar pun dah jemu.
Cakap kat husband kalau rajin bakar la ikan talapia. Kalau malas kukus dim sum kedai eco jela ada dalam freezer. Wife nya kalau weekend ada penyakit M. Hahaha
Husband tak pandai masak tapi kalau bagi instruction boleh jela dia buat. Kukus dim sum ni senang je. Dim sum kedai eco ni memang sangat sedap. Harga pun murah je.
Kami anak beranak memang suka makan dim sum. Dulu taktau pun dim sum ada kat kedai eco. Kebetulan lalu tepi fridge tepi kaunter tu ternampak ada jual dim sum. Sejak tu la memang selalu beli.
Murah dan sedap memang kena repeat la. Sebungkus ada 5 biji hanya rm2.40 je. Memang berbaloi sangat beli dan kukus sendiri je. Cie cicah dengan sos thai je. Anak-anak cicah dengan sos cili.
![]() |
Hasil kukusan husband. Hihihi |
Nak masak dim sum ni senang je. Panaskan air kukusan. Letak dim sum dalam mangkuk stainless steel lepas tu kukus kejap je beberapa minit dah siap.
Dekat eco sini x nmpk lagi.. Lepas nie boleh cuba beli jugak lah
ReplyDeleteLama2 tu nanti mesti ada 😬
DeleteSedapnya makan dim sum. Kegemaran saya ni.
ReplyDeleteYe sedap cicah sos thai 👍
DeleteAlamak dia racun lagi kita.. XD
ReplyDeleteHihi. Sila teracun 🤭
DeleteSedap.. suka juga beli dim sum eco ni.
ReplyDeleteAah memang sedap dan murah 👍
Deletebetul berbaloi je beli dimsum kedai eco, boleh la buat stock emergency time penyakit M tu datang...xde la rakyat kat rumah asyikkk merap kita je mnta masak ..hehe
ReplyDeleteaah memang betul buat stok senang anytime terdesak boleh guna. hihi
Deleteoh ada ya...lama dah tak ke kedai eco
ReplyDeletemacam2 ada dalam fridge eco tu.
Deletealamak...kena racun dh ni..kena pi cari nanti ni...
ReplyDeletehahaha. ramai teracun dah ni.
Deletekena cari ni..teracun sudaaa
ReplyDeletemaafkan saya kerana meracuni. hahaaha
Deleteaaaaaa feveret Mak Ana juga ni! tiap kali p eco mmg beli hehe
ReplyDeleteada masa cepat je habis kalau kat kedai eco tu. ramai peminat.
Deletekena terjah eco ni
ReplyDeleteCepat2 sebelum licin 😬
Delete